ROM: Seorang budak lelaki maut, manakala ibu dan kakaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Lamborghini Urus dalam kejadian di selatan Itali.
Lapor agensi berita ANSA, SUV mewah itu dipandu seorang lelaki dan empat rakannya yang sedang merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial.
Tiga daripada pemuda tersebut merupakan YouTuber daripada saluran Theborderline yang memiliki 600,000 pengikut.
Tambah laporan itu, video tersebut dirakam bagi kandungan YouTube cabaran 50 jam duduk di dalam Lamborghini Urus.
Insiden itu berlaku di kawasan kejiranan Casal Palocco, Rom pada Rabu lalu.
Mangsa dikenali sebagai Manuel Proietti, 5, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Saya berada di dalam rumah apabila terdengar bunyi dentuman yang kuat dan selepas itu orang ramai mula bergegas ke jalan raya.
"Seorang lelaki cuba memberi pernafasan mulut ke mulut terhadap mangsa yang tidak sedarkan diri," kata Lucia, warga emas yang tinggal beberapa meter dari lokasi nahas.
Susulan itu, pemandu SUV berusia 20 tahun disiasat kerana membunuh, manakala empat lagi rakannya disiasat bersubahat menyebabkan kematian.
"Kerana kebodohan orang lain hilang nyawa," kata Menteri Pengangkutan, Matteo Salvini. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023

SUV mewah Lamborghini Urus berwarna biru itu dipercayai dipandu laju dan melulu. - Foto Agensi

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Budak 5 tahun maut dilanggar Lamborghini dipandu YouTuber
SUV mewah itu dipandu seorang lelaki dan empat rakannya yang sedang merakam kandungan untuk dimuat naik ke media sosial.

Budak perempuan 5 tahun maut dihempap ATV dipandu budak 7 tahun
Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun maut ditimpa sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan (ATV) dipandu kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang terbalik.

Polis kesal tindakan media sensasikan laporan
Polis ingatkan semua pengamal media supaya membuat laporan yang tepat berdasarkan sumber maklumat yang sahih.