KAJANG: Seorang lelaki diberkas berkaitan kes seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang maut akibat lemas dalam kolam renang di sebuah apartment di Bangi, 13 September lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan abang tiri mangsa berumur 26 tahun itu diberkas pada Ahad setelah penelitian dijalankan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.
"Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.
"Suspek dilihat sedang leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang telah menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri pada hari kejadian.
"Siasatan mendapati kira-kira jam 3 petang, mangsa maut selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartment tersebut sebelum dibawa ke klinik dan kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang bagi rawatan selanjutnya.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 petang, 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR)," katanya.
Katanya, suspek yang berumur 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.
"Kes disiasat dan diklasifikasi bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
![Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas Budak lemas dalam kolam renang, abang tiri diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695614078_KAJANG.jpg)
Rakaman CCTV di lokasi kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan lemas di sebuah apartment di Bangi pada 13 September lalu. - Gambar/ Sinar Harian
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026, di bawah arahan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Konflik Congo makin parah, 350,000 jadi pelarian
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin merosot di timur Republik Demokratik Congo, pada Jumaat.
Negara Arab tolak cadangan pindahkan penduduk Gaza
Negara-negara Arab menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan dan Mesir, kata wakil Kumpulan Arab kepada pemberita pada Jumaat.
KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa meneroka pendekatan terbaik untuk mengintegrasikan automasi dan transformasi digital bagi memastikan penjawat awam bersedia menghadapi peranan baharu dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Arham Abdullah dilantik Naib Canselor UMK ke-7
Prof Dr Arham Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang ketujuh berkuat kuasa Ahad ini.
![Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.
Jordan tidak dapat terima lebih ramai pelarian Palestin
Negara-negara Arab sedang merangka pelan bagi membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya serta menjamin keselamatan dan tadbir urus, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, pada Jumaat.
Arab Saudi pimpin usaha rangka masa depan Gaza
Arab Saudi sedang menerajui usaha mendesak negara-negara Arab bagi merangka pelan masa depan Gaza.
Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu
Pejuang Hamas mengumumkan nama tiga tebusan yang akan dibebaskan, pada Sabtu.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738136129_IPDKotaTinggi.jpg)
Kanak-kanak lelaki hanyut jatuh longkang ditemui
Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang di Kota Tinggi ditemukan,
![Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737982440_tbkanakkanaklema.jpg)
Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan
Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang diteruskan.
![Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735224820_LemasPapar.jpg)
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
![Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734258894_lemas.jpg)
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
![Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731741618_tbJohorBahrulemas.jpg)
Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang besar
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar di Bandar Baru Uda, Tampoi, Johor.
![Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727530958_lemas.jpg)
Dua kanak-kanak ditemukan lemas di Tanjong Karang
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
![Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706960848_TBMAYATADIK.jpg)
Abang hiba pangku mayat adik lemas di Sungai Tabanak
Mayat Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas kira-kira jam 11.30 pagi.
![Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703676574_TBBUDAKLEMAS.jpg)
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
![Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703564564_TBlemas.jpg)
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.