IPOH: Ziarah sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di rumah jiran datuknya di Tambun, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, maklumat awal diterima daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sekitar jam 9.25 malam tadi, membabitkan kematian mangsa.
“Siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah di dalam sebuah kolam renang kanak-kanak yang terletak di tepi sebuah rumah lot dimiliki oleh jiran rumah datuk mangsa di Tambun,” katanya dapam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, semasa kejadian, mangsa bersama ibunya berada di dalam rumah tersebut kerana menziarahi ahli keluarga, manakala bapa mangsa keluar menghantar saudara balik ke tempat penginapan lain.
Katanya, kira-kira jam 6.30 petang semalam, mangsa dijumpai oleh abangnya dalam keadaan terapung di dalam kolam renang lalu dihantar oleh warisnya ke hospital untuk rawatan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
“Bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah mati lemas," katanya.
Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.
Menurutnya, kejadian itu adalah kes keempat mati lemas melibatkan kanak-kanak di Ipoh tahun ini yang berpunca daripada ditinggalkan ibu bapa atau penjaga.
“Pihak polis amat memandang serius tentang perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang membiarkan kanak-kanak bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan sehingga menyebabkan kemalangan jiwa,” tegasnya.
Pada 26 April lalu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas dalam kolam renang di rumah datuknya di Tambun.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 01 2023
![Budak perempuan lemas dalam kolam renang rumah jiran datuk Budak perempuan lemas dalam kolam renang rumah jiran datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81451041238_Lemas.jpg)
Mangsa dijumpai oleh abangnya dalam keadaan terapung di dalam kolam renang. -Gambar hiasan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy 80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737543854_HajahNancyHajiShu.jpg)
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.
![Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737327541_tbhostagerecovery.jpg)
Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.
![Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737108837_SessionsCourt.jpg)
Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.
![107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut 107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737088345_NancyShukri.jpg)
107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
![Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734419794_FahmiFadzil.jpg)
Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.
![Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.
![FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024 FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731389860_tbBrightCowJunior.jpg)
FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.
![Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730952252_Roblox.jpg)
Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.
![Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730463418_TBmediasosial.jpg)
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
![Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730627469_950x600.jpg)
Fokus pendidikan kanak-kanak Gaza, bukan gantikan UNRWA - Lazzarini
Kanak-kanak di Gaza kehilangan tahun kedua pendidikan mereka akibat perang yang berterusan dengan Israel, dengan lebih 625,000 kanak-kanak kini hidup dalam keadaan trauma.