KOTA MARUDU: Selepas sembilan jam bertarung nyawa, seorang kanak-kanak perempuan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Kota Marudu di sini pada awal pagi Selasa.
Mangsa, Rebecca Grace Tintingon, 9, dilaporkan meninggal dunia pada jam 2 pagi selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit dalam kejadian di Jalan Rakit, di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kemalangan berlaku pada jam 4.55 petang membabitkan kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandu wanita berusia 48 tahun dan lori tiga tan yang dipandu lelaki berusia 43 tahun.
"Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati lori dari arah Kampung Talantang menuju ke Langkon dengan membawa muatan kelapa sawit manakala kenderaan pacuan empat roda pula dipandu dari Penampang menuju ke Kanibungan, Pitas.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh bahagian depan lori sebelum lori tersebut terpusing dan terbabas di kiri jalan dan pacuan empat roda terbalik di kanan jalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Katanya lagi, akibat kejadian itu menyebabkan seramai sembilan mangsa telah dikejar ke hospital untuk rawatan lanjut.
"Kesemua mangsa termasuk kedua-dua pemandu dan penumpang dalam kenderaan pacuan empat roda mengalami kecederaan.
"Bagaimanapun, salah seorang mangsa yang juga merupakan anak pemandu kenderaan pacuan empat roda dilaporkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital," katanya.
Zairolnizal berkata, punca kemalangan dipercayai pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan dan berlakunya pertembungan.
"Kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 26 2023
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Rakit, Kota Marudu. - Sinar Harian
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Projek Bandar Wakaf di Gaza bukti solidariti Malaysia untuk Palestin - MAPIM
Pembangunan ini merupakan model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.
Polis kesan tiga lagi suspek kes langgar lari di Jalan Klang Lama
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini, awal pagi semalam.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
Budak perempuan maut kemalangan selepas 9 jam bertarung nyawa
Selepas sembilan jam bertarung nyawa, seorang kanak-kanak perempuan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika menerima rawatan.