PENDANG: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang badannya melecur akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun pada 12 April lalu di Kampung Senara, Kubur Panjang, di sini meninggal dunia, Jumaat lalu.
Ibunya, Siti Aisyah Hasan, 33, berkata, anaknya Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 7 malam.
Katanya, anak ketiga daripada empat beradik itu, sebelum ini menerima rawatan selama 26 hari di hospital terbabit selepas kejadian malang berkenaan menimpanya.
"Saya agak terkilan kerana anak tidak sempat memakai baju raya yang dia teringin sangat nak pakai.
"Kelengkapan raya semua dah siap, kasut raya, beg raya tapi dia tak sempat pakai," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
BACA: Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Ujarnya, walaupun sedih dengan kehilangan anaknya itu tetapi mereka sekeluarga reda dengan ketentuan Allah SWT.
Bercerita lanjut saat- saat akhir anak perempuan tunggalnya, Siti Aisyah berkata, anaknya menghembuskan nafas terakhir apabila kesihatan kembali merosot selepas mulai sedar dua hari sebelum itu.
"Pada petang Jumaat semasa berada di wad biasa dia mula tidak sedarkan diri dan doktor cuba sedaya-upaya memberi rawatan kepadanya.
"Kira-kira jam 7 malam doktor panggil waris untuk berjumpa dan kami dimaklumkan Nur Zatil Hidayah sudah meninggal dunia kerana serangan kuman pada organ dalamannya," katanya.
Jenazah Nur Zatil Hidayah dikebumikan Sabtu lalu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Senara sebaik sahaja selesai proses bedah siasat di HSB.
Pada 14 April lalu, Sinar Harian melaporkan Nur Zatil Hidayah melecur kira-kira 46 peratus pada anggota badannya dipercayai akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun bersama dua abangnya berusia tujuh dan 10 tahun di hadapan rumah mereka.
Ibu bapa kanak-kanak malang itu berada dalam rumah ketika kejadian dan berlari keluar selepas mendengar jeritan mangsa sebelum mendapati dua anak lelaki mereka sedang memadam api yang membakar tubuh mangsa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 09 2023

Nur Zatil Hidayah Mohd Tarmizi meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kira-kira jam 7 malam Jumaat. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Kanak-kanak lelaki melecur hampir seluruh badan dipanah petir
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun cedera dengan kesan melecur pada hampir seluruh badan akibat dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat malam tadi.

Tong gas oksigen meletup: Dua beranak ditidurkan, stabil
Muhamad Firdaus Syawal Abdullah, 5, yang melecur 60 peratus dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan.

Budak perempuan melecur main mercun meninggal dunia
Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang badannya melecur akibat disambar api ketika bermain bunga api dan mercun pada 12 April lalu di Kampung Senara, Kubur Panjang, meninggal dunia.

Kanak-kanak empat tahun melecur akibat mercun
Mangsa melecur lebih 46 peratus pada bahagian muka dan badan kini berada di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan.

Siasatan kes suami isteri abai rawatan anak melecur lengkap tidak lama lagi
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes suami isteri dipercayai melakukan pengabaian selepas tidak menghantar anak lelaki mereka untuk rawatan kerana melecur.

Kanak-kanak melecur teruk tahan sakit 5 hari, disyaki diabai ibu bapa
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit lima hari kerana melecur di separuh bahagian badannya akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya.