PUNJAB: Seorang kanak-kanak perempuan mengalami muntah darah selepas memakan sebungkus coklat yang telah tamat tempoh dibeli oleh saudaranya di sebuah kedai runcit di Patila, India
Bagaimanapun, keadaan kesihatan kanak-kanak berusia setahun dikatakan semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan di Punjab baru-baru ini.
Semasa kejadian, kanak-kanak itu pergi ke Patiala bersama ibu-bapa untuk mengunjungi rumah saudara-mara mereka di sana.
Semasa di sana, salah seorang saudaranya membeli sebungkus coklat dari sebuah kedai runcit dan memberikan sebagai hadiah kepadanya.
Bagaimanapun, selepas memakan coklat itu, dia tiba-tiba muntah darah dan terus dibawa ke Kolej Perubatan Kristian untuk menerima rawatan lanjut.
Hasil ujian awal mendapati dia memakan coklat yang tercemar atau telah tamat tempoh sehingga menyebabkan keracunan makanan atau muntah darah.
Susulan kejadian itu, anggota dari jabatan kesihatan negeri pergi menyerbu sebuah kedai runcit terbabit dan merampas makan ringan lain yang didapati telah tamat tempoh.
Hasil soal siasat pemilik kedai itu mendapati dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai produk makanan yang tamat tempoh.
Sementara itu, polis berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kedai itu jika dia didapati bersalah kerana masih menjual makanan tamat tempoh yang dikhuatiri membahayakan pengguna lain.
Sebelum ini, kejadian sama berlaku di Patiala apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas memakan kek yang tercemar semasa menyambut hari lahirnya.
Siasatan mendapati kedai kek itu tidak berdaftar dengan pihak berkuasa dan beroperasi menggunakan nama kedai yang palsu. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue Apr 23 2024

Seorang kanak-kanak di Patila, India didapati mengalami muntah darah selepas memakan coklat tamat tempoh. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Budak perempuan muntah darah makan coklat tamat tempoh
Keadaan kesihatan kanak-kanak berusia setahun dikatakan semakin kritikal selepas dia dimasukkan ke sebuah hospital tempatan.

'Asyik muntah darah & pengsan. I almost lost her' - Puteri Balqis terima rawatan
Berita tersebut disampaikan menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram Balqis dan dipercayai telah dikemas kini oleh ibunya.