KOTA SAMARAHAN (Sarawak): Kerajaan Sarawak yang dibentuk oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mahukan rakyat negeri itu terus mempertahankan budaya toleransi yang dikecapi sejak sekian lama.
Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata budaya berkenaan dihayati oleh badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu yang sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama atau kaum.
"Ini Sarawak...Sarawak yang ceria. Tolong menolong satu sama lain dan kita tidak mempunyai puak agama (dan) ini penting kerana kita (rakyat Sarawak) memahami antara satu sama lain," kata berucap pada majlis pecah tanah Rumah Kanak-Kanak Salvation Army di sini semalam.
Beliau berkata Salvation Army yang difahamkan telah memulakan aktiviti di negeri itu sejak pemerintahan Gabenor Sarawak Sir Anthony Abell telah banyak menyumbang kepada kebajikan masyarakat, terutama kepada mereka yang memerlukan bantuan.
"Salvation Army telah melaksanakan kebaikan dan kewajipan, persatuan sukarelawan Muslim telah melakukan perkara sama dan berinteraksi dan berhubung (antara satu sama lain), sehinggakan mereka telah bekerjasama untuk membantu anggota masyarakat kita (yang memerlukan) ," katanya.
Abang Johari berkata selagi rakyat mahukan GPS terus menerajui pentadbiran kerajaan negeri, beliau akan terus memastikan NGO seperti Salvation Army tidak bersendirian dalam membantu rakyat Sarawak yang memerlukan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Beliau berkata mana-mana individu yang dibantu melalui usaha kebajikan Salvation Army akan mempunyai keupayaan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat apabila mereka dapat berdikari.
"Saya berharap Salvation Army akan meneruskan usaha baiknya dan melahirkan anggota masyarakat yang berdisiplin dan seterusnya mampu memberi sumbangan kepada masyarakat secara keseluruhan," katanya.
Sementara itu, Salvation Army menerusi kenyataan memaklumkan premis mereka ketika ini di Jalan Ban Hock dan Jalan Uplands di Kuching akan berpindah ke lokasi baharu meliputi kawasan seluas lebih tiga hektar berhampiran Lebuhraya Kuching-Samarahan.
Menurut kenyataan itu, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Jabatan Ketua Menteri Sarawak memperuntukkan RM4 juta manakala Pusat Perubatan Borneo menyumbang RM6 juta untuk pembangunan premis baharu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Abang Johari (kiri) pada gimik Pelancaran Majlis Pecah Tanah Projek 'Children's Home The Salvation Army' di Muara Tuang, Samarahan, 22 Nov 2021. -- fotoBERNAMA
"Menteri akan beri penjelasan dan pengumuman harga kenaikkan" - PM ANWAR
Perdana Menteri mengumumkan pada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan beri penjelasan dan pengumuman harga kenaikkan dengan subsidi kerajaan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KTM Komuter percuma di Lembah Klang sempena Thaipusam 10, 11 Februari
Kementerian Pengangkutan melalui Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) akan memberikan tambang percuma kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang pada 10 dan 11 Februari ini sempena perayaan Thaipusam, kata Menterinya, Anthony Loke.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Bayar balik kos diesel untuk petani dan pesawah yang terbeban
Perdana Menteri berkata program PADU memberi jaminan membayar balik petani dan pesawah yang terbeban dengan kos diesel yang bertambah.#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tidak merokok dan bukan artis antara ciri lelaki idaman Bella Astilah
Andai demikian ciri yang disenaraikan, tentu sekali ahli politik tiada masalah untuk mencuri hati Bella kan?
"Jangan dengar dengan sentimen marah, ini penyakit marah"- PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan kenaikkan tarif pada industri dan golongan kaya bukan kepada rakyat.
"Kenaikkan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya tetapi tidak melibatkan 85% rakyat"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Kenaikkan tarif yang munasabah bagi industri dan golongan kaya tetapi tidak melibatkan 85% rakyat"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kenaikkan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mulai Julai
Perdana Menteri menegaskan kenaikkan kadar elektrik untuk industri akan berlaku mulai Julai.
"85% rakyat tidak akan terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"85% rakyat tidak akan terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
RM60 juta bantuan khas Bernas pada pesawah utara terkesan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata bantuan ditambah RM600 setahun kepada
setiap pesawah setelah Kerajaan MADANI memimpin.
"RM60 juta bantuan khas Bernas kepada pesawah-pesawah utara terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
setiap pesawah setelah Kerajaan MADANI memimpin.
"RM60 juta bantuan khas Bernas kepada pesawah-pesawah utara terkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.
Chelsea kembali kelompok empat terbaik
Jarrod Bowen memulakan tugasan sulung selepas berehat sebulan, meletakkan Hammers di depan minit ke-42 separuh masa pertama.
Budaya toleransi Sarawak perlu dipertahankan - Abang Johari
Budaya toleransi dihayati oleh NGO di Sarawak yang sentiasa bersedia membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.