Keputusan kerajaan menurunkan had umur dan pendaftaran pengundi secara automatik kepada golongan muda seawal usia 18 tahun secara tidak langsung membuka peluang bagi mereka menawarkan diri berkhidmat sebagai wakil rakyat di usia muda.
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia sekali gus membuktikan kerajaan mengiktiraf peranan besar yang boleh dimainkan oleh golongan muda di negara ini.
Ini kerana, katanya, mereka adalah generasi pelapis yang akan meneruskan wawasan Malaysia pada masa akan datang.
“Peranan generasi masa kini adalah penting kerana merekalah generasi pelapis yang akan meneruskan wawasan Malaysia pada masa akan datang. Kerajaan mengiktiraf peranan besar yang boleh dimainkan oleh golongan muda di negara ini.
“Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 16 Julai lalu adalah antara langkah yang sedang diusahakan oleh kerajaan untuk membuka peluang kepada golongan muda terlibat dalam sistem demokrasi negara di usia lebih muda,” katanya malam tadi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan Banda Hilir, Melaka.
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 itu bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih' memilih Melaka berikutan Bandar Hilir pernah menjadi lokasi pengisytiharan kemerdekaan negara pada 20 Februari 1956.
Turut hadir, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan 2019, dan Ketua Menteri, Adly Zahari.
Terdahulu, 16 Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (Pindaan) 2019 dengan meminda perenggan (b) perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak menjadi Ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.
Ia juga bertujuan meminda perenggan (a) fasal 1 perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Selain itu, RUU itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran warganegara secara automatik sejurus mereka mencapai umur 18 tahun.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Aug 03 2019
![Buka peluang anak muda ke Dewan Rakyat - PM Buka peluang anak muda ke Dewan Rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61564852021_TunM.jpg)
Dr Mahathir ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Sabtu malam. -Foto BERNAMA
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
![Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729809923_VladimirPutin.jpg)
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Finas mahu siarkan filem-filem lama sempena bulan Kemerdekaan Finas mahu siarkan filem-filem lama sempena bulan Kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594849104_TBFINASZAKARIAABDU.jpg)
Finas mahu siarkan filem-filem lama sempena bulan Kemerdekaan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk menyiarkan filem-filem lama bagi memberi maklumat kepada generasi muda.