SHAH ALAM: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun seperti yang dilaksanakan oleh kakitangan bank komersial di negara ini.
Presidennya, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata, sekarang bukan masa yang bersesuaian kerana kadar pengangguran ketika ini adalah 3.7 peratus manakala pengangguran belia melebihi 10 peratus.
Menurutnya, peningkatan umur persaraan daripada 55 tahun kepada 60 tahun pada Julai 2013 lalu telah menyebabkan kehilangan kira-kira sejuta peluang pekerjaan untuk graduan baharu dan kemasukan pekerja baharu ke pasaran buruh.
“Membenarkan pekerja bekerja lebih lama dan bersara selepas 60 tahun akan mengekalkan bekalan buruh dan memberi pekerja yang lebih tua aliran pendapatan yang lebih panjang dalam masyarakat yang semakin menua terutamanya ketika mereka masih sihat serta produktif.
“Menaikkan umur persaraan minimum daripada 60 tahun pada ketika ini akan menghalang usaha untuk mencergaskan semula pasaran buruh Malaysia dan ekonomi keseluruhan dalam senario pengangguran semasa terutamanya di kalangan belia dan siswazah yang melebihi 10 peratus,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Pada Ahad, Perjanjian kolektif (CA) baharu ditandatangani Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) dengan Persatuan Bank Komersial Malaysia menyenaraikan usia persaraan baharu kakitangan bank komersial di negara ini naik kepada 61 tahun.
Perkembangan itu menyaksikan usia persaraan penjawat sektor berkenaan setahun lebih tua berbanding kakitangan sektor lain di negara ini.
Setiausaha Agung NUBE, J Soloman berkata, usia persaraan terkini dalam CA baharu itu merangkumi kakitangan bank komersial yang berkhidmat sepenuh masa dan tidak membabitkan mereka yang bekerja secara kontrak.
Dalam pada itu, Syed Hussain berkata, walaupun dilihat mempunyai faedah untuk melanjutkan umur persaraan dari segi mengekalkan tenaga kerja yang lebih tua, namun ia juga akan memberi cabaran kepada majikan.
Jelasnya, ia lebih-lebih lagi bagi sektor yang memerlukan kekuatan fizikal seperti dalam pembinaan, perladangan dan pembuatan.
Tambah beliau, peningkatan umur persaraan secara menyeluruh juga akan meningkatkan kos perubatan yang ditanggung majikan kerana banyak syarikat insurans tidak berminat untuk memberikan perlindungan kepada pekerja yang lebih tua.
“Pekerjaan melebihi 60 tahun hendaklah atas persetujuan bersama antara pekerja dan majikan. Pekerjaan selepas umur 60 tahun akan sangat bergantung kepada prestasi pekerja, keadaan perubatan, disiplin dan produktiviti,” ujarnya.
Beliau berkata, pendekatan yang lebih baik ialah mengamalkan polisi penggajian semula kepada pekerja berumur 60 tahun ke atas secara kontrak yang memberikan kelonggaran untuk kedua-dua pihak iaitu pekerja dan majikan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 15 2023

Syed Hussain berkata, sekarang bukan masa yang bersesuaian kerana kadar pengangguran ketika ini adalah 3.7 peratus manakala pengangguran belia melebihi 10 peratus.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Singapura akan naikkan usia persaraan, bekerja semula pada 2026
Umur persaraan di Singapura akan dinaikkan pada tahun 2026 kepada 64 tahun dan mereka yang ditawarkan untuk bekerja semula selepas bersara boleh meneruskan hingga usia 69 tahun.

35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatatkan peratusan tertinggi sebanyak 35 peratus atau 94,827 orang ahli.

Kaji Selidik MARS: 60 peratus responden langsung tidak kisah tentang persaraan
Akta di negara ini masih belum komprehensif bagi tujuan regulasi perkhidmatan penjagaan warga emas, serta perlindungan dari pengabaian dan penderaan.

Kerajaan tiada halangan pengeluaran KWSP secara mandatori pada usia 55 - PM
Bagaimanapun, perkara itu perlu diteliti dengan mengambil kira jumlah simpanan semasa pencarum, tegas PM.

Mindef pertimbang lanjut usia persaraan tentera
Ia boleh menyelesaikan masalah yang membelenggu golongan itu terutama membabitkan kebajikan, perumahan dan tanggungan pendidikan anak-anak.

Bukan masa sesuai tingkatkan umur persaraan - MEF
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) tidak bersetuju sekiranya usia persaraan di sektor lain turut ditingkatkan kepada 61 tahun.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Tiada keperluan lanjut had umur bersara - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada keperluan untuk melanjutkan had umur bersara mandatori daripada 60 kepada 65 tahun.

90 peratus rakyat M'sia tiada simpanan mencukupi untuk usia persaraan - Khairy
Isu simpanan untuk hadapi usia persaraan mempunyai implikasi kerana Malaysia bakal menghadapi situasi penuaan masyarakat

Kekal usia bersara 60 tahun buka peluang kepada generasi muda - GPMS
Keputusan itu melegakan generasi muda selain memberi impak positif kepada golongan itu untuk membuktikan kebolehan dalam kerjaya.