KUALA LUMPUR: Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025, kata Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway, Dr Teoh Wei Leng.
Beliau berkata jenis yang paling biasa dihidapi bagi penyakit ini ialah Diabetes jenis 2, yang sejak akhir-akhir ini, turut menjejaskan ramai golongan muda.
"Salah satu perkara yang paling membimbangkan ialah usia pesakit yang didiagnosis dengan diabetes kini semakin muda.
"Baru-baru ini saya telah mendiagnos seorang remaja berumur 17 tahun yang mempunyai sejarah obesiti sejak kanak-kanak serta sejarah keluarga dengan diabetes. Malah pakar endokrinologi pediatrik kami juga menerima lebih ramai pesakit kanak-kanak Jenis 2 itu dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Beliau berkata diabetes ialah satu penyakit yang kronik apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.
"Insulin ialah hormon yang membantu glukosa masuk ke dalam sel kita bagi digunakan untuk tenaga dan apabila ini gagal, ia boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dalam badan kita dan dalam jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko kerosakan organ pada mata, buah pinggang, saraf, saluran darah atau jantung," katanya.
Beliau menegaskan tabiat pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif, dan obesiti adalah penyebab utama diabetes, dan disebabkan itu didikan amalan memilih makanan yang sihat sejak kecil adalah perlu agar dapat membentuk tabiat pemakanan yang baik sepanjang hayat sekali gus mengurangkan peningkatan obesiti.
"Kerap membuang air kecil, dahaga yang berlebihan, penurunan berat badan secara tiba-tiba, dan kelesuan adalah tanda-tanda yang sering berlaku. Jika anda mengalami gejala ini, jangan abaikannya, periksa paras gula dalam darah anda dengan segera. Hari ini paras gula dalam darah boleh diperiksa secara percuma atau dengan sedikit bayaran di farmasi atau klinik," katanya.
Beliau berkata salah satu cabaran dalam menguruskan diabetes ialah penyebaran mitos dan tanggapan yang salah, dan Dr Teoh dengan pantas menepis tanggapan salah ini, terutamanya yang berkaitan dengan ubat.
"Tanggapan salah yang biasa kita dengar ialah ubat diabetes boleh memudaratkan buah pinggang. Walhal hakikatnya diabetes yang tidak terkawal itulah yang membawa kepada kerosakan buah pinggang, bukannya ubat preskripsi. Kerana itulah penting untuk pesakit mematuhi jadual janji temu dengan doktor diabetes mereka," katanya.
"Diet seimbang yang merangkumi bijirin penuh, protein tanpa lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran adalah penting. Gabungkan pemakanan sihat ini dengan senaman yang kerap - walaupun dengan berjalan pantas setiap hari, ini boleh membawa kepada perubahan besar," tambahnya.
Berhubung pilihan rawatan Dr Teoh berkata terdapat kemajuan yang memberangsangkan dalam rawatan dan pengurusan diabetes ketika ini, daripada ubat-ubatan berinovasi hinggalah kepada sistem pemantauan glukosa yang berterusan, serta pelbagai peralatan yang boleh digunakan bagi merawatnya.
"Bagaimanapun penjagaan peribadi yang sesuai dengan keperluan atau gaya hidup pesakit, serta pengetahuan pesakit terhadap diabetes merupakan perkara asas yang perlu ada bagi mendapatkan rawatan yang berkesan." katanya.
Dr Teoh berkata dengan ilmu pengetahuan dan sokongan yang betul, individu yang menghidap diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal, dan menurutnya ia boleh dilakukan menerusi pendekatan holistik yang merangkumi pemahaman mengenai keadaan penyakit itu dan membuat pilihan bermaklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan mengidap penyakit diabetes menjelang 2025. - Gambar hiasan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin ditahan
Tiga kanak-kanak antara 17 pendatang tanpa izin yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu sekitar daerah Marang, semalam.
Kakitangan hospital Israel siap sedia tunggu pembebasan tahanan dari Gaza
Kakitangan di Kompleks Beilinson Schneider di Israel mempersiapkan bilik dan rawatan sementara menunggu lebih banyak tebusan dibebaskan dari Gaza.
Saya akan kembali - Jojo
Menurut Jojo, kekalahan itu hanya satu rintangan kecil dalam perjalanan kariernya.
Trump anggap tarif sebagai "kuasa besar ke atas China"
Trump mengancam China dengan tarif tinggi sejurus selepas memenangi pilihan raya.
Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.
#AWANIRingkas 25 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Januari 2025
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
1️⃣ Pertumbuhan ekonomi dunia catat sejarah
2️⃣ Projek rintis waktu bekerja berlainan dibatalkan
3️⃣ Putin sedia jumpa Trump
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Putin sedia jumpa Trump
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis Pahang tingkat pemantauan, rondaan di kawasan kerap berlaku kemalangan
Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Noor Hisam Nordin, langkah itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya berikutan bilangan kenderaan dijangka bertambah kerana cuti perayaan itu berlaku serentak dengan cuti sekolah.
Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.06 pagi melalui Sistem MERS dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.
PM Anwar mahu semua pihak ambil serius isu diabetes
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia juga merupakan antara negara yang memiliki rakyat menghidap diabetes pada jumlah yang amat tinggi.
Kinohimitsu dan Watson lancar program kesedaran diabetes
Kinohimitsu dan Watsons Malaysia lancar inisiatif kesedaran diabetes sempena bulan kesedaran diabetes.
24,000 warga emas di Terengganu disahkan hidap diabetes
Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini.
RM87.1 juta bagi pembelian ubat SGLT2i, manfaatkan 280,231 pesakit diabetes - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata penyakit kardiovaskular, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik, adalah pembunuh senyap dan ia menyumbang kepada 72 peratus daripada jumlah kematian pramatang di Malaysia.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
Isu pengeluaran di fasiliti tempatan punca bekalan insulin manusia terjejas - KKM
Bekalan insulin manusia di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) yang terjejas baru-baru ini adalah disebabkan isu pengeluaran di fasiliti pembekal tempatan, demikian menurut kementerian itu.
Satu daripada enam rakyat Malaysia hidap diabetes
Malaysia masih tersenarai sebagai negara dengan prevalen diabetes tertinggi di Asia Tenggara iaitu satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes.
Inisiatif perang terhadap gula oleh KKM
Semua rakyat Malaysia diseru untuk berganding bahu bagi memerangi kelaziman tabiat pengambilan gula berlebihan.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.
Regency Specialist Hospital cipta sejarah, kempen saringan diabetes tercatat dalam MBOR
Regency catat rekod untuk bilangan saringan HbA1c tertinggi dalam tempoh tiga hari.