PEJAM celik pejam celik, bulan Julai kini berganti Ogos.
Sinonim dengan tema bulan kemerdekaan, Majalah Nona menitip semangat bebas bersuara melalui aksesori fesyen.
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa.
Apa yang sedang in atau menghiasi tubuh selebriti, pasti meningkat jualannya. Tetapi ini belum tentu menzahirkan cita rasa individu.
Kerana itulah semakin banyak jenama aksesori yang mengetengahkan sisi self-expression dalam rekaan, contohnya melalui koleksi Pandora Moments.
Kebebasan untuk memilih look dan menyampaikan cerita hidup sendiri menjadi kekuatan rekaan kali ini.
Buat julung kalinya, koleksi charm holders, pemegang kunci dan anting-anting hoop diperkenalkan sebagai identiti menggayakan charm kesukaan anda.
Rekaan Pandora menggunakan metal berkualiti tinggi sesuai diolah sebagai aksesori kreatif pada anting-anting, kunci, beg dan tali pinggang anda!
Ya, inilah cara baru menyampaikan kisah hidup kita dengan penuh gaya.
KEKUATAN PUTERI
Cinderella, Rapunzel, Ariel, Tiana dan Jasmine… Lima karakter Puteri Disney yang diabadikan sebagai charm Pandora terbaharu.
Inspirasi kisah puteri-puteri ini sememangnya menepati gaya hidup wanita era moden umpamanya keberanian, kerajinan, cita-cita tinggi dan penuh rasa ingin tahu dalam versi tersendiri.
Koleksi Disney X Pandora bukan saja menggambarkan sisi eksklusif, malah lambang ekspresi jiwa Puteri Disney dalam jiwa seseorang.
Serlahkan sinaran mereka dengan charm unik ini yang boleh dipelbagaikan pemakaiannya.
Ekspresikan sebagai gelang tangan charm, pemegang kunci atau sebagainya
PESONA KASUT LEPER
Selain aksesori, pemakaian flat shoes atau kasut leper juga merupakan cara terbaik menyampaikan mesej kebebasan.
Jika dulu masyarakat melihat wanita berkasut tumit tinggi sebagai seorang yang pandai menjaga penampilan tapi kini pemakai kasut leper mula menarik perhatian, sejak pandemik tercetus.
Faktor keselesaan dan mampu melangkah lebih laju menjadi kekuatan utama kasut jenis ini.
Majalah Nona tertarik dengan himpunan Pretty Ballerinas, di mana ke semua koleksi kasut lepernya begitu cantik untuk pemakaian harian.
Kesimpulannya, tidak perlu terikut-ikut dengan orang lain kerana kebebasan kini bermakna anda bangga memilih apa saja yang disukai untuk diri sendiri.
Selamat bergaya!
Artikel asal di Majalah Nona
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Nona
Sun Aug 01 2021
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa. -Foto Nona
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Bukan sekadar perhiasan, aksesori dan kasut tampil personaliti diri
Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa.