KAJANG: Polis mengesahkan tiada kejadian kumpulan warga asing menyerang wanita di sebuah poliklinik di Taman Prima Saujana, di sini seperti dakwaan yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Sebaliknya, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kejadian itu adalah perebutan antara dua kumpulan warga asing ketika hendak mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik terbabit.
Menurutnya, satu laporan telah diterima polis pada jam 8.23 malam, Khamis oleh seorang doktor berusia 35 tahun susulan video kejadian yang tular di aplikasi TikTok sebuah akhbar tempatan yang bertajuk 'tular sekumpulan warga asing bawa kayu hoki serang wanita’.
"Menurut pengadu, kira-kira jam 6 petang, pada Rabu, semasa stafnya sedang bertugas di poliklinik terbabit, telah hadir dua kumpulan disyaki warga Bangladesh untuk pemeriksaan kesihatan.
"Kedua-dua kumpulan ini telah dibawa oleh dua ejen berlainan yang juga warga Bangladesh," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, semasa dua kumpulan warga asing berada di hadapan poliklinik, telah berlaku pertengkaran antara mereka sehingga kedua-dua kumpulan membawa keluar beberapa batang kayu hoki.
Katanya, keadaan menjadi semakin tegang sehingga berlaku tolak menolak antara mereka dan salah seorang suspek telah masuk dalam poliklinik sehingga menyebabkan staf menjerit dan menghalau keluar kesemua warga asing dari situ.
"Punca kejadian adalah perebutan untuk pemeriksaan kesihatan. Siasatan juga dapati, tiada kejadian ‘warga asing serang wanita di klinik’ seperti viral di sosial media," ujarnya.
Susulan itu, kata Mohd Zaid, kira-kira jam 1.15 pagi, Jumaat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah membuat tangkapan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 24 hingga 32 tahun di sekitar kawasan Sentul dan Setapak, Kuala Lumpur.
"Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kes ini dan telah direman empat hari sehingga 24 Julai untuk siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," ujarnya.
Tambahnya, polis menyeru dan mengingatkan semua pihak supaya tidak terpengaruh dan jangan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
"Jika didapati bersalah, tindakan undang-undang boleh dikenakan. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Norhafizah Borhannudin di talian 018-3903410 bagi membantu siasatan," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 21 2023

Tangkap layar kejadian warga asing yang bertengkar semasa hendak mendapatkan rawatan di sebuah poliklinik di Kajang. - Sinar Harian
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

'Bukan serang wanita, tapi berebut periksa kesihatan' - Polis
Polis mengesahkan tiada kejadian kumpulan warga asing menyerang wanita di sebuah poliklinik di Taman Prima Saujana, Kajang. seperti didakwa.

Bekas bintang Manchester United Ryan Giggs ditahan polis selepas kasari wanita
Polis dipanggil ke rumah bekas pemain sayap Manchester United berusia 46 tahun itu pada Ahad malam lalu selepas menerima laporan berhubung gangguan.