GEORGE TOWN: Tiada mana-mana syarikat berminat mahu membina litar lumba motosikal meskipun Kerajaan Negeri Pulau Pinang pernah berusaha membangunkan litar tersebut di kawasan Batu Kawan.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berusaha membangunkan litar di kawasan tersebut dengan mengemukakan permohonan cadangan (RFP) pada tahun lepas, namun tidak ada syarikat yang berminat mengusahakannya.
Katanya, usaha tersebut dicadang sebagai salah satu alternatif bagi mengatasi aktiviti perlumbaan yang menjadikan jalan raya sebagai trek lumba yang merisikokan pengguna jalan raya yang lain.
"Kita pun lihat, kawasan pekarangan itu dicadangkan sebagai litar go-kart satu ketika dahulu, tetapi sama ada kawasan itu sesuai untuk litar motosikal kita perlu kaji juga.
"Sebenarnya kita pernah ada buat permintaan cadangan, tetapi tidak ada syarikat yang respons untuk membuka satu litar di pekarangan Stadium Batu Kawan.
"Pada tahun lepas kita pernah memanggil RVP, tetapi tidak ada pihak berminat. Kita ada cubalah usaha untuk mengelakkan kejadian sedemikian (kemalangan akibat lumba haram) tapi nampaknya tidak ada syarikat melihat potensi atau berminat untuk sediakan litar bagi menganjurkan untuk aktiviti sedemikian," jelas beliau.
Dalam pada itu, Kon Yeow berharap kempen kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dilakukan secara berterusan dalam usaha membanteras aktiviti lumba haram di negeri itu.
Katanya, semua pihak termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan aktiviti perlumbaan haram yang berbahaya.
Tegasnya, aktiviti perlumbaan sedemikian bukanlah aktiviti yang perlu digalakkan dan kejadian kemalangan yang mengorbankan lima penunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Ahad lepas amat mendukacitakan dan tidak seharusnya berlaku.
Kon Yeow berkata, semua pihak tidak boleh terlalu mengharapkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan penguatkuasaan aktiviti perlumbaan haram setiap masa.
Justeru, tegasnya, perhatian lebih serius perlu diambil apabila jalan raya digunakan untuk aktiviti perlumbaan haram yang merisikokan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.
"Kempen kesedaran secara besar-besaran perlu dilakukan dengan pengurusan (penglibatan) ibu bapa. Keluarga juga perlu memikul tanggungjawab untuk memastikan anak-anak muda kita kenal risiko kegiatan ini.
"Selain itu, ada pihak yang mencadangkan kegiatan ini dianggap sebagai jenayah yang membawa hukuman lebih berat, tetapi ini semua perlu diteliti dan diambil pendekatan psikologi serta kesedaran...
".. supaya semua pihak tahu dan ambil tahu bahawa ini bukan aktiviti yang perlu digalakkan dalam masyarakat, sebaliknya tenaga yang dihabiskan ini boleh disalurkan kepada aktiviti yang lebih bermanfaat," katanya.
Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan sama ada mahu membina litar lumba khas bagi membendung aktiviti merempit dan lumba haram di negeri itu dalam sidang media di Komtar, Pulau Pinang pada Rabu.
Dalam kejadian awal pagi Ahad, tujuh penunggang motosikal terlibat kemalangan membabitkan beberapa buah motosikal termasuk kereta.
Lima orang disahkan maut iaitu tiga mangsa maut di lokasi kejadian manakala dua meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang manakala dua lagi cedera.
Polis percaya kejadian itu dipercayai akibat daripada kegiatan lumba haram dan siasatan mendapati, beberapa penunggang motosikal telah hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.
Astro Awani
Wed Jul 20 2022
![Bukan tak mahu buat, tapi tiada syarikat berminat bina litar lumba motosikal - Chow Kon Yeow Bukan tak mahu buat, tapi tiada syarikat berminat bina litar lumba motosikal - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647582207_TBCHOW.jpg)
Kon Yeow berharap kempen kesedaran mengenai keselamatan jalan raya dilakukan secara berterusan dalam usaha membanteras aktiviti lumba haram. - Gambar fail
#AWANIRingkas 11 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Februari 2025
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
1️⃣ Simbol ketabahan, perpaduan dan pengorbanan
2️⃣ Perbincangan dimuktamad tidak lama lagi
3️⃣ Rampas dadah bernilai lebih RM8 juta
#awaniringkas
ASEAN Kita: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? Join us as we explore the core pillars of ASEAN, political-security, economic, and socio-cultural transformation with Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin. Gain insights into regional security dynamics, economic cooperation, and the evolving role of ASEAN in a shifting global landscape.
![Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739239993_kamaladli.jpg)
Kamal Adli nafi dakwaan rumah tangga bergolak, fail cerai
"Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu."
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739239331_SoccerFootballFA.jpg)
Piala FA: Selepas singkir Liverpool, giliran Manchester City buruan Plymouth
Manchester United, bakal bertemu Fulham, manakala Newcastle United bertemu Brighton dan Bournemouth bertemu Wolverhampton Wanderers.
![Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739239055_keyfield.jpg)
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
![Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739239047_Steam.jpg)
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731390080_SazaleeAdam.jpg)
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
![Ambil gambar kenderaan diubah suai dan tularkan - Ketua Polis Kedah Ambil gambar kenderaan diubah suai dan tularkan - Ketua Polis Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716456851_FisolSallehjpg.jpg)
Ambil gambar kenderaan diubah suai dan tularkan - Ketua Polis Kedah
Polis meminta masyarakat di Kedah mengambil gambar dan menularkan di media sosial kenderaan yang diubah suai, sebagai usaha mengekang kes lumba haram dan aktiviti samseng jalanan atau 'mat rempit'.
![Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal diubah suai Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal diubah suai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727156700_TBlumbaharam.jpg)
Lumba haram: Polis minta orang ramai tularkan kereta, motosikal diubah suai
Polis Kedah meminta bantuan orang awam mengambil gambar kenderaan yang diubah suai dan menularkannya di media sosial sebagai salah satu usaha mengekang kes lumba haram dan 'mat rempit'.
![69 pelajar ditahan merempit 69 pelajar ditahan merempit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727053398_OpSamsengJalanan.jpg)
69 pelajar ditahan merempit
Operasi bersepadu PDRM Kontinjen Perak bersama beberapa agensi seperti JAS dan AADK, bermula 6.30 petang semalam sehingga awal pagi ini.
![Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie' Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723720409_TBmaut.jpg)
Dua remaja maut ketika buat aksi 'wheelie'
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung ketika melakukan aksi 'wheelie' di Jalan Elmina Business Park, Aman Putri, Sungai Pelong di sini pada Rabu.
![Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722851413_tbmotosikal.jpg)
Video tular: Dua maut akibat 'rempit' di Klang
Dua individu maut dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, dekat sini, 4.30 pagi semalam.
![Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720314937_Portlumbaharam.jpg)
Port lumba haram Persiaran Raja Muda Musa digempur
Lokasi terbabit bukan sahaja menjadi tumpuan anak tempatan di sekitar malah turut didatangi individu dari luar daerah Klang.
!['Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya 'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717818403_TBsuperman.jpg)
'Mat rempit' beri alasan 'cuma suka-suka' lumba, buat aksi bahaya
Cuma sekadar suka-suka. Itu alasan diberi dua penunggang motosikal selepas ditahan pada Sabtu kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.
![113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan 113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702183882_TBOpsKhasSamsengJ.jpg)
113 motosikal disita dalam Ops Khas Samseng Jalanan
Sebanyak 113 motosikal disita dan 334 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
![Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700307744_samsengjalanraya.jpg)
Polis sita 16 motosikal, keluar 74 saman dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita sebanyak 16 buah motosikal dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) dan Seberang Jaya.