PUTRAJAYA: Bukit Dinding dan Bukit TM Wangsa Maju di Kuala Lumpur adalah antara lokasi yang dicadangkan untuk dijadikan kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Wilayah Persekutuan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menerusi Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan sedang mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai di Kuala Lumpur dan Labuan untuk meningkatkan HSK di Wilayah Persekutuan.
Bercakap kepada media selepas melancarkan maskot RoboST dan komik Adiwira ST yang diperkenalkan Suruhanjaya Tenaga (ST) di sini hari ini, beliau berkata walaupun kawasan ibu negara mempunyai 'limitation' dari segi saiz namun masih terdapat usaha untuk meningkatkan HSK di Wilayah Persekutuan.
"Bukit Dinding dan Bukit TM Wangsa Maju antara calon-calon tempat untuk dijadikan kawasan HSK," katanya mengulas cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar agar hutan di sekitar Kuala Lumpur diwartakan sebagai kawasan hijau antaranya Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju, Bukit Kiara dan Bukit Pudu Ulu.
Nik Nazmi berkata Bukit Dinding, yang sebahagian adalah tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, contohnya akan dicadangkan sebagai kawasan rekreasi atau hijau.
Menurutnya, pewartaan terbaharu di Wilayah Persekutuan adalah pada 2021 di Hutan Simpan Sungai Besi melibatkan tambahan sebanyak 23.83 hektar.
Sementara itu, Nik Nazmi berkata ST memperkenalkan label ST-SIRIM baharu bagi memudahkan pengguna menyemak ciri keselamatan kelengkapan elektrik rumah melalui kod QR.
Beliau berkata label ST-SIRIM bukan sahaja memastikan kejadian kecederaan serta kematian ekoran kebocoran elektrik dapat dielakkan tetapi juga kecekapan tenaga yang membantu menjimatkan bil elektrik.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
![Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju dipertimbang sebagai HSK Bukit Dinding, Bukit TM Wangsa Maju dipertimbang sebagai HSK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678608492_NikNazmi.jpg)
Nik Nazmi berkata, NRECC menerusi Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan sedang mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai di Kuala Lumpur dan Labuan untuk meningkatkan HSK di Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13 Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739174335_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.
![Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738741828_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.
![Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736427818_TBNIKNAZMI.jpg)
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
![Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736427818_TBNIKNAZMI.jpg)
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
![Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736406996_tbNikNazmiNikAhma.jpg)
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.
![Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735625240_TBDESAREJANG.jpg)
Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
![Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733142849_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Sistem terbaharu MetMalaysia mampu ramal risiko bencana 14 hari lebih awal - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi bagi melakukan ramalan cuaca di negara ini.
![Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732012646_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
![Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29 Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732004954_NikNazmi.jpg)
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
![COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731917719_NIKNAZMI.jpg)
COP29: Malaysia dan ASEAN kukuhkan kerangka pasaran karbon untuk ekonomi mampan
Malaysia memimpin usaha membangunkan kerangka karbon menyeluruh di peringkat ASEAN, dengan inisiatif yang dimulakan oleh Kumpulan Kerja Pasaran Karbon.