KUALA NERUS: Kes buli di tempat kerja menyumbang kepada pelbagai masalah, termasuk peningkatan risiko kesihatan dan melemahkan prestasi kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurutnya buli di tempat kerja berlaku dalam pelbagai bentuk seperti hasil kerja dicuri atau disabotaj, dimalukan atau dipulaukan rakan sepejabat.
"Semua pihak perlu lebih memahami dan menghayati bahawa perbuatan buli bukan sahaja boleh berlaku terhadap pelajar sekolah dan universiti, malah orang dewasa dan berkerjaya pun tidak terkecuali menjadi mangsa.
"Buli di tempat kerja juga mungkin melibatkan ugutan, gosip, jenaka yang menyinggung perasaan dan memperkecilkan (seseorang individu)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan perasmian Seminar Psikologi Kesihatan (PSYCHE 1.0) : Hentikan Buli! Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022, yang dibacakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata walaupun bukan secara fizikal, gejala buli yang dilakukan melalui pertuturan dan gangguan emosi boleh mendatangkan kecederaan kepada emosi seseorang.
"Apa yang mengejutkan, Malaysia berada di tangga keenam tertinggi di dunia dan kedua di Asia dalam masalah buli terutamanya dalam buli siber.
"Mungkin juga ramai pembuli tidak tahu bahawa sebarang kandungan berniat jahat di Internet dengan tujuan mengganggu, memprovokasi, mengancam atau menyalah guna adalah suatu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Sementara itu menurut Dr Kasemeni Seminar PSYCHE 1.0 selama dua hari bermula hari ini, merupakan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dengan kerjasama Persatuan Psikologi Pantai Timur (PSITIM).
Beliau berkata sebanyak 200 penyertaan dibuka melibatkan pelbagai latar belakang yang mengambil berat berkenaan jenayah buli yang berlaku di mana sahaja.
Katanya antara matlamat seminar itu adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menghentikan budaya buli yang ada dalam masyarakat sekarang sama ada buli di sekolah, di tempat kerja atau di jalan raya.
"Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran tentang peri pentingnya mendapatkan perkhidmatan secara profesional apabila berhadapan dengan isu kesihatan mental yang disebabkan oleh kesan buli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 24 2022

Dr Noor Hisham berkata, buli di tempat kerja berlaku dalam pelbagai bentuk seperti hasil kerja dicuri atau disabotaj, dimalukan atau dipulaukan rakan sepejabat. - Gambar/ Bernama
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Staf wanita dipecat enggan ikut cakap bos beli sarapan
Seorang wanita di Shanghai dipecat gara-gara enggan membeli sarapan pagi untuk bosnya, lapor South Morning China Post.

Buli di tempat kerja tingkat risiko kesihatan, lemahkan prestasi
Kes buli di tempat kerja menyumbang kepada pelbagai masalah, termasuk peningkatan risiko kesihatan dan melemahkan prestasi kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.