NILAI: Seramai 30 pelajar sebuah sekolah menengah agama (SMA) berasrama penuh di Nilai telah diambil keterangan bagi membantu siasatan membabitkan kes buli pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.
“Sehingga jam 2 petang tadi, seramai 30 orang pelajar telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes.
“Permohonan reman terhadap enam lelaki juga telah dipohon dan dibenarkan selama sehari, sebelum dibebaskan jam 5 petang tadi,” katanya dalam kenyataan di sini.
BACA: Tiga pelajar dakwa dibuli senior di asrama sekolah menengah agama
Semalam, Astro AWANI melaporkan polis menerima tiga laporan berhubung kejadian pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di Nilai yang dipercayai dibuli dan dipukul oleh pelajar senior.
Kecederaan yang dialami mangsa dalam insiden berkenaan didakwa menyebabkan mereka terpaksa menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).
Shuhada Abdul Kadir
Mon May 16 2022

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan

Buli junior, 30 pelajar diambil keterangan
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ia susulan empat laporan polis diterima setakat ini.

Dakwa buli pelajar 'junior', lima remaja direman
Kesemua pelajar itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menggunakan trak polis sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian.