Pihak polis telah menghantar kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri bagi mendapatkan perintah untuk melaksanakan tindakan lanjut berhubung kes buli pelajar 13 tahun Sekolah Agama bantuan kerajaan di Jelapang di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata tindakan lanjut membolehkan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan melibatkan enam pelajar senior yang bertindak mencederakan mangsa.
Menurut beliau, pihak polis telah mengambil rakaman percakapan daripada kesemua suspek dan akan menjalankan siasatan dengan merujuk kepada keterangan tiga saksi insiden buli berkenaan.
"Kesemua suspek telah dibuang dari asrama sekolah agama berkenaan, dan tindakan disiplin telah diambil kepada mereka semua namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Persaraan Warga PDRM Kontinjen Perak yang diadakan di Dewan Serbaguna Pengkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, di sini pada petang Rabu.
Dalam pada itu, polis juga telah menangkap lebih daripada 10 orang lelaki lain berhubung kes sama setelah mereka terlibat dalam insiden serang balas dengan mencederakan salah seorang pelajar senior yang menyerang mangsa.
"Enam hari selepas insiden buli di surau sekolah agama berkenaan, beberapa lelaki dipercayai saudara mangsa pelajar yang dibuli telah datang dan membelasah salah seorang suspek sehingga parah di rumahnya,"katanya.
Gan berkata kes berkenaan dipercayai merupakan tindakan saudara mangsa membalas dendam kepada suspek-suspek yang mendatangkan kecederaan kepada mangsa sebelum ini.
"Kita akan buka kertas siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana serangan balik ini melibatkan 10 orang suspek.
"Polis telah mengenalpasti kesemua yang terlibat dan akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat," ujar beliau.
Sebelum ini, seorang pelajar berusia 13 tahun mengalami kecederaan parah apabila tulang rusuk kirinya patah akibat dipukul oleh beberapa orang senior sekolah agama bantuan kerajaan di Jelapang.
Insiden itu berlaku apabila mangsa yang berada di surau sekolah enggan memberikan air minuman kotak laici kepada seorang pelajar Tingkatan Satu.
Selain itu,mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian badan lain seperti luka di tangan kanan,dagu serta lebam di dada dan bahagian belakang badan setelah ditendang dan dipukul oleh sekumpulan pelajar senior sekitar pukul 1 pagi pada November lepas.
Nazialita Geynna Maharan
Wed Nov 30 2016
![Buli Pelajar: Polis tunggu perintah Timbalan Pendakwa Raya Buli Pelajar: Polis tunggu perintah Timbalan Pendakwa Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471270325_sleepingstressbu.jpg)
Pihak polis telah mengambil rakaman percakapan daripada kesemua suspek dan akan menjalankan siasatan dengan merujuk kepada keterangan tiga saksi insiden buli berkenaan. - Gambar hiasan
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707958906_TBBenjaminNetanyahu.jpg)
Netanyahu ugut Hamas, gencatan senjata ‘akan berakhir’ jika tebusan tidak dipulangkan menjelang Sabtu
Angkatan Pertahanan Israel juga, kata Netanyahu, akan kembali melancarkan serangan sengit sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
![UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308231_immigrationcrackdow.jpg)
UK tangkap 600 pendatang tanpa izin setakat Januari
Sebanyak 609 tangkapan dilakukan semasa lawatan ke lebih 800 premis termasuk restoran, tempat cuci kereta dan kedai serbaneka.
![Suami isteri terlibat pemerdagangan kanak-kanak direman Suami isteri terlibat pemerdagangan kanak-kanak direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/81488106244_PENGKALANHULU.jpg)
Suami isteri terlibat pemerdagangan kanak-kanak direman
Sepasang suami isteri yang dipercayai merupakan dalang utama sindiket pemerdagangan manusia di Pengkalan Hulu, dekat Gerik ditahan reman selama enam hari oleh polis bermula pada Ahad.
![Buli Pelajar: Polis tunggu perintah Timbalan Pendakwa Raya Buli Pelajar: Polis tunggu perintah Timbalan Pendakwa Raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51471270325_sleepingstressbu.jpg)
Buli Pelajar: Polis tunggu perintah Timbalan Pendakwa Raya
Tindakan lanjut membolehkan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan melibatkan enam pelajar senior yang bertindak mencederakan mangsa.