PUTRAJAYA: Senarai nama doktor yang diterima Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa sebagai pembuli doktor junior di Hospital Pulau Pinang (HPP) turut melibatkan doktor pakar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Jururawat Antarabangsa 2022 di sini hari ini, beliau berkata Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.
Khairy berkata senarai anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat isu buli itu serta terma dan rujukannya akan diumumkan esok, serta menambah bukan beliau yang mempengerusikan pasukan petugas khas itu.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlela Ariffin semalam telah menyerahkan nama lima doktor di HPP yang didakwa sebagai pembuli, kepada KKM.
Ditanya adakah lima doktor tersebut tersebut digantung perkhidmatan buat sementara waktu, Khairy berkata kesemua mereka masih bertugas seperti biasa namun siasatan terhadap doktor itu akan berjalan.
"Kami tidak boleh pindahkan (mereka) begitu sahaja, kami perlu memastikan dahulu apa yang berlaku...ada nama dihantar adalah pakar-pakar. Bukan senang untuk kita pindahkan pakar. Buat masa ini semua bertugas seperti biasa cuma siasatan akan berjalan," katanya.
Khairy berkata siasatan berhubung isu buli di hospital itu dijangka mengambil masa beberapa minggu untuk diselesaikan.
"Ia melibatkan tuduhan berat seperti buli dan juga budaya kerja tidak profesional. Siasatan akan libatkan sesi temu bual dengan pengadu dan pakar yang dituduh.
"Lebih baik beri sedikit masa supaya pasukan petugas khas bebas dan Unit Integriti KKM dapat jalankan siasatan seperti biasa," katanya.
Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran HPP.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Dr Maarof Sudin mengesahkan mangsa adalah Pegawai Perubatan Siswazah yang melaporkan diri pada 4 April lepas di HPP dan pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan polis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 12 2022
Khairy berkata senarai anggota pasukan petugas khas bagi menyiasat isu buli itu serta terma dan rujukannya akan diumumkan esok. - Gambar fail
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Dzulkefly belum lulus cadangan WBB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Waktu Bekerja Berlainan (WBB) merupakan usaha berterusan penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas-petugas KKM.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
Hamas hargai sokongan Malaysia sokong perjuangan Palestin
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain. Negara-negara itu termasuk Turki, Algeria, Indonesia, China dan Rusia.
Polis buru tahanan larikan diri di Tangkak
Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
PTG: Siasatan awal tiada emas ditemukan di Lenggeng
PTG Negeri Sembilan bersama JMG negeri mendapati tiada emas ditemukan di sekitar sungai di Lenggeng.
Capaian sasaran pengesanan ketajaman penglihatan bawah 5 peratus - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sentiasa memantau masalah ketajaman penglihatan murid-murid melalui pemeriksaan pasukan kesihatan sekolah di KKM dan menetapkan sasaran pengesanan ketajaman penglihatan melebihi 5 peratus.
"Saya kira kita belum capai KPI kita ini, kita hanya mendapat dalam 3.2 peratus," jelasnya.
"Saya kira kita belum capai KPI kita ini, kita hanya mendapat dalam 3.2 peratus," jelasnya.
Buli: Senarai nama diterima turut melibatkan doktor pakar - Khairy
Unit Integriti KKM telah diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu, manakala satu pasukan petugas khas bebas juga akan ditubuhkan.
Doktor pelatih maut: Polis rekod keterangan ahli keluarga dan teman wanita hari ini
Keterangan ahli keluarga iaitu bapa dan abang mangsa akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut petang ini, manakala keterangan kekasih mangsa pula akan dirakam di Nilai, Negeri Sembilan