KUALA LUMPUR: Enam petugas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.56 pagi dan seramai 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Hang Tuah dikerah ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian pada 12.13 tengah hari, didapati runtuhan melibatkan keseluruhan bumbung dewan dan seramai enam kakitangan wanita berumur 30 hingga 50 tahun yang berada di kawasan kejadian didapati mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya operasi ditamatkan pada 12.51 tengah hari dan punca runtuhan masih dalam siasatan.
Sementara itu Ketua Pengarah IKIM Prof Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku ketika beberapa kakitangannya sedang melakukan latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang dijadualkan pada 2 Jun ini di dewan yang sama.
"Hal itu turut disedari kakitangan yang berada di blok yang lain ekoran bunyi dentuman yang kuat. Pihak IKIM kemudian mengambil langkah segera dengan mengalihkan mangsa dari tempat kejadian, selain menghubungi pihak bomba, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan polis untuk tindakan sewajarnya," katanya.
Susulan insiden itu, beliau berkata IKIM memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar runtuhan bumbung itu.
Katanya, Dewan Besar IKIM itu dibina pada 1993 dan dalam tempoh sehingga kini penyelengaraan kecil sentiasa dilaksanakan di premis berkenaan seperti menukar bumbung bocor.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Enam petugas IKIM mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim, runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi tadi. - Foto Facebook IKIM

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.

Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, enam petugas cedera ringan - Bomba
Enam petugas IKIM mengalami cedera ringan selepas bumbung Dewan Besar IKIM di Blok B, premis IKIM di Langgak Tunku, Jalan Tuanku Abdul Halim, runtuh dalam kejadian pada 11.55 pagi tadi.

Bumbung runtuh ketika konsert death metal, seorang maut
Rakaman media sosial menunjukkan lubang pada bumbung venue manakala orang awam cuba mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

14 terkorban bumbung stor kentang runtuh
Insiden berlaku di bandar Chandausi daerah Sambhal pada petang Khamis.

3 cedera, 26 penghuni selamat bumbung asrama anak yatim runtuh di Pulau Pinang
Tiga penghuni asrama di Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, di Jalan Scotland, cedera selepas sebahagian struktur bumbung bangunan itu runtuh dalam kejadian Selasa malam.

Stesen minyak meletup, tiga maut di Ireland
Tiga orang dilaporkan maut manakala lebih 30 lagi cedera akibat letupan di sebuah stesen minyak di Co Donegal, Ireland pada Jumaat.

Bumbung runtuh: KPM arah perunding reka bentuk SMK Seri Menanti buat siasatan
Siasatan dan laporan itu juga termasuk mengenai keselamatan kerja bumbung di blok bersebelahan.

Reban ayam terbakar, lebih 700 ayam rentung
Dalam kejadian sekitar 9 malam itu, pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam setengah bagi memadamkan kebakaran di reban bersaiz 122 kaki kali 50 kaki itu.

Kerangka bumbung runtuh: MPSP arah henti kerja pembinaan
Susulan kematian tiga buruh binaan petang semalam, Majlis Perbandaran Seberang Perai mengeluarkan arahan berhenti kerja bagi pembinaan semula sebuah bangunan kilang di Perai.