“Sempatkah siap sebelum Aidiladha?”
Itu luahan lebih 1,000 kariah Masjid Al Furqan, Kampung Kuala Kangkung, Alor Setar, yang bimbang kerja-kerja pengubahsuaian bumbung masjid itu masih belum selesai.
Menurut setiausaha masjid, Abdul Manap Aziz, 67, beliau gusar memikirkan kariah masjid yang berkemungkinan terpaksa menunaikan solat sunat Aidiladha di kaki lima dan tanah perkuburan berdekatan masjid sekiranya kerja-kerja penggantian bumbung gagal disiapkan.
Paling mengecewakan adalah apabila jemaah terpaksa menunaikan solat di ruang luar berikutan kerja menggantikan bumbung masjid terbengkalai sejak dua minggu lalu.
Katanya, setiap kali selepas hujan, beliau bersama ahli jawatankuasa masjid terpaksa mengelap lantai bagi memastikan kariah dapat menunaikan solat.
Tinjauan Astro AWANI di masjid yang berusia 50 tahun itu mendapati, keadaan dalam masjid kotor serta berbau busuk akibat takungan air pada karpet, lantaran bumbung yang terbuka hanya ditutup dengan plastik kanvas.
Pada masa sama, serpihan siling turut jatuh ke lantai masjid dan ada bahagian masih digenangi air hujan.
Bukan setakat anak kariah masjid terpakasa mengelap lantai, malah mereka juga terpaksa memanjat bumbung masjid untuk mengikat kembali tali plastik yang terungkai setiap kali ditiup angin kuat.
“Bila nak siap? Sebab apa, dah dekat dengan hari raya ni kan. Jadi kami fikir... tak pernah terjadi lagi dalam sejarah Masjid Al Furqan ini sembahyang di luar pada hari kebesaran, tak kiralah hari raya haji, atau hari raya puasa.
“Itu yang jemaah suruh saya tekankan juga. Kalau boleh siap hari ini, hari ini juga mereka nak tengok,” ujar Abdul Manap.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Masjid, Muhammad Sohibollah Saad, 34, berkata, papan atau kayu bahagian bumbung lama yang masih mempunyai paku diletakkan di tepi masjid dan dibimbangi boleh mengundang kemalangan kepada murid tadika yang berada bersebelahan masjid.
Bukan itu saja, dia turut berasa hairan apabila bumbung lama masjid yang diletakkan di tepi pagar masjid hilang baru-baru ini.
Katanya, ada anak kariah melihat beberapa orang tidak dikenali mengangkutnya ke dalam lori.
“Dalam waktu hold tu, tiada pemantauan daripada pihak kontraktor. Anak kariah yang kena tengok, kena pantau. Masalahnya, sepanjang bumbung dibuka ini sudah dua kali hujan, hinggakan air penuh kat dalam ni.
“Kami nak solat, kami kena cuci dulu. Masa tu ada kontraktor ada datang tengok dan hubungi pihak MPKK. MPKK pun takd atang tengok. Kadang-kadang kami kena ambil inisiatif sendiri cari jalan penyelesaian macam mana nak jaga barang masjid,” luah Muhammad Sohibollah.
Bagi merungkai permasalahan yang dihadapi, Astro AWANI segera menghubungi kontraktor yang dipertanggungjawab untuk melakukan kerja menggantikan bumbung itu.
Tidak sampai satu jam menunggu, akhirnya Pengurus syarikat kontraktor Iktiar Bestari, Abd Halim Bakar tiba bersama pegawai Majlis Agama Negeri Kedah dan bertemu sendiri dengan iman serta ahli jawatankuasa masjid.
Menurut Abd Halim, beliau memohon maaf atas kelewatan itu. Ia disebabkan pertukaran bahan bagi menggantikan bumbung gagal dihantar pembekal mengikut tempoh yang dijanjikan.
Abd Halim berjanji kerja-kerja pemasangan bumbung akan disiapkan sebelum Sabtu ini dan masjid itu dapat digunakan kariah masjid untuk solat sunat Aidiladha Ahad ini.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Aug 06 2019
Pihak kontraktor tyelah datang memberi jaminan bahawa masalah bumbung masjid itu akan diselesaikan sebelum Sabtu hadapan. - Astro AWANI
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.