KUALA LUMPUR: Biarpun berlatarbelakangkan industri makanan dan minuman, tidak menghalang usahawan muda, Emil Jihad, 32, untuk meneroka bidang pertanian apabila menanam dan menjual sayur-sayuran organik tanpa menggunakan sebarang racun serangga perosak.
Lebih menarik, penanaman pintar secara rumah hijau itu menggunakan sistem akuaponik (gabungan ternakan ikan dan sayuran) di atas bumbung sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Selangor yang berkeluasan kira-kira 7,000 kaki persegi.
Selain itu, kebun sayuran yang dikenali sebagai Fresh Growcer (One Utama Rooftop Farm) itu juga memberikan pengalaman yang menyeronokkan apabila pelanggan boleh memetik sendiri sayur yang masih segar untuk dibawa pulang.
Berkongsi mengenai usahanya itu kepada Bernama baru-baru ini, Emil berkata perniagaan yang dimulakan sejak Mac itu bersama seorang lagi rakan kongsinya, Tony Yong, 52, mempraktikkan konsep lestari dan mampan bagi menghasilkan tanaman yang lebih selamat apabila dimakan.
Beliau berkata penggunaan racun serangga perosak ke atas penanaman sayur-sayuran dikhuatiri membahayakan kesihatan selain banyak sayuran yang dijual di pasar didakwa bebas daripada racun, namun masih ada yang diragui kebenarannya.
"Oleh itu, di sini pelanggan yang datang boleh melihat dengan mata sendiri sistem air yang digunakan untuk tanaman sayur-sayuran dikongsi bersama dengan ternakan ikan dan sisa ikan itu pula akan menyediakan sumber makanan organik untuk sayur-sayuran secara semula jadi.
"Sebaliknya jika menggunakan semburan racun atau baja kimia sudah tentu ikan akan mati dan ia boleh mengurangkan kandungan nutrisi sayuran yang ditanam," katanya dan menambah rumah hijau itu turut memaksimumkan penjimatan seperti penggunaan cahaya matahari 100 peratus dan kipas ekzos sebagai pengudaraan.
Mengenai pemilihan bumbung pusat beli-belah sebagai kebun sayuran, Emil berkata ia adalah tempat strategik bagi memudahkan golongan bandar mendapatkan bekalan sayuran yang segar dengan cepat dan merasai persekitaran kebun dengan lebih dekat.
Berkongsi cabarannya pula, Emil mengakui tanaman sayuran organik memerlukan lebih penelitian berbanding tanaman secara konvensional dan perlu memastikan bekalan yang ada sentiasa dapat memenuhi permintaan pelanggan.
"Purata tumbesaran sayuran untuk mencapai tempoh matang adalah 35 hari, setakat ini kita masih lagi mampu menampung permintaan dan sayuran yang menjadi pilihan akan diberikan keutamaan dari segi jumlah tanaman berbanding sayur lain," katanya.
Emil yang sebelum ini menetap di New York, Amerika Syarikat kembali ke Malaysia kira-kira lima tahun lepas berkata kebun sayur organik itu menawarkan pelbagai jenis sayuran antaranya bayam merah, sawi pendek, sawi bunga, salad, selasih Itali, cili padi selain ternakan ikan tilapia dan buah-buahan organik yang dibawa dari kampung.
Beliau juga berhasrat menambah lagi beberapa jenis sayur pada masa akan datang selain mahu menjadikannya sebagai pusat rujukan kepada institusi dan pelajar yang berminat menjalankan pembelajaran secara fizikal mengenai usaha yang dilakukan itu.
Sementara itu, seorang pelanggan Nazli Idrus, 40, yang tinggal di Taman Tun Dr Ismail berkata beliau mengetahui tentang kewujudan kebun sayur organik itu melalui perkongsian rakannya di media sosial yang telah mengunjunginya sebelum itu.
"Meskipun harga sayuran yang dijual di sini adalah sedikit premium, ia berbaloi kerana kita sendiri yang petik sayur dan yakin ia bebas daripada sebarang bahan kimia yang lebih banyak manfaat untuk kesihatan dan alam sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022

Kebun sayuran itu juga memberikan pengalaman yang menyeronokkan apabila pelanggan boleh memetik sendiri sayur yang masih segar untuk dibawa pulang. - Foto BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Halaman rumah bertukar menjadi 'ladang' sayuran hidroponik
Pelbagai jenis sayuran dihasilkan melalui kaedah itu dan ia menjadi sumber pendapatan sampingan buat Loretta Evelyn Deri.