KUALA LUMPUR: Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheras Jaya, di sini, runtuh tengah hari semalam susulan kerosakan struktur bahagian bumbung blok bangunan berkenaan sejak Januari lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying, berkata pada mulanya pihak sekolah mendapati terdapat serpihan kecil simen jatuh dari bumbung di blok berkenaan pada jam 12.40 tengah hari sebelum mengarahkan supaya bangunan itu dikosongkan.
"Pada jam 1.18 tengah hari semalam runtuhan telah berlaku secara besar-besaran dan kami amat bersyukur kerana tiada guru atau murid yang berada di kawasan ini memandangkan kawasan ini merupakan tempat perhimpunan.
"Guru besar telah melaporkan kepada Kementerian Pendidikan , Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta bomba untuk memantau keadaan dan sekarang ini kita menunggu laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan seterusnya," katanya pada sidang media di SMK Cheras Jaya, di sini, hari ini.
Lim berkata pada Januari lalu pihak sekolah telah membuat laporan kepada PPD tentang kerosakkan struktur bumbung di bangunan berkenaan dan meminta supaya penyelenggaran dilaksanakan di bangunan tersebut.
"Bulan ini, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menerima surat daripada PPD Hulu Langat di mana sekolah telah memaklumkan kerosakkan dan pihak kami telah pun bersedia untuk membuat penyelenggaraan dan jumlah yang dianggarkan adalah kira-kira RM450,000.
"Malangnya belum sempat kita memulakan penyelenggaraan tersebut bumbung itu telah runtuh dan ini akan menjadi projek yang lebih besar." katanya.
Menurut Lim, pihaknya akan meminta pihak JKR untuk membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas sekolah berkenaan bagi memastikan keselamatan untuk murid meneruskan pelajaran.
"Setakat ini sekolah masih menjalankan sesi persekolahan dan kerosakkan membabitkan dua kelas, makmal komputer, makmal sains dan beberapa bilik lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Lim berkata pada Januari lalu pihak sekolah telah membuat laporan kepada PPD tentang kerosakkan struktur bumbung di bangunan berkenaan dan meminta supaya penyelenggaran dilaksanakan di bangunan tersebut. - Gambar fail/ Bernama
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.
Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.
Anwar puji Wisma Putra berjaya perkukuh imej Malaysia di peringkat global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji kementerian luar atau wisma putra atas kejayaannya dalam memperkukuh imej dan pengaruh malaysia di peringkat global.
Selangor sedia bantu keluarga dua pelajar terbabit kemalangan di Jordan
Kerajaan Selangor bersedia untuk membantu keluarga dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan di Jordan.
Kesihatan: KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan semua jenis makanan yang boleh membahayakan kesihatan murid termasuk gula-gula berbentuk vape tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah.
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph dekat Kuching pada Sabtu.

Tujuh rumah teres terbakar di Chukai
Sebanyak tujuh rumah teres dua tingkat di Taman Alam Perdana, di sini terbakar dalam kejadian pagi tadi.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel terbakar.

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

12 terperangkap dalam lif diselamatkan bomba
Hamizul berkata, semua mangsa dalam keadaan selamat dan tiada yang mengalami sesak nafas.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.