IPOH: Empat lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan wanita yang dibunuh dan dibakar di kawasan tepi sungai di Kampung Talang Hulu dekat Simpang Lawin, Kuala Kangsar, akhir bulan lalu disambung reman dua hari lagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata perintah sambung reman terhadap kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Lenggong pada Isnin.
"Kes ini masih dalam siasatan dan jika ada pertuduhan (di mahkamah) akan diberitahu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.
Keempat-empat lelaki itu ditahan selepas polis menahan teman lelaki mangsa berusia 20 tahun yang kini dalam tahanan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sebelum ini, satu mayat wanita berusia 21 tahun dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar pada 3.05 petang, 31 Mei lepas.
Polis turut menemukan seketul batu konkrit yang mempunyai kesan darah berhampiran mayat itu yang dipercayai digunakan untuk mencederakan kepala mangsa.
Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar mendapati punca kematian mangsa adalah akibat hentakan di kepala dengan kesan melecur yang teruk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022
Perintah sambung reman terhadap kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Lenggong pada Isnin.
Turkish Airlines sambung semula penerbangan ke Damsyik selepas 13 tahun
Syarikat penerbangan Turkish Airlines menyambung semula penerbangan ke ibu negara Syria, Damsyik, pada Khamis selepas hampir 13 tahun.
Setiap isu padi, beras perlu dirujuk kepada pihak berautoriti - KPKM
KPKM hari ini menegaskan setiap isu berkaitan padi dan beras hendaklah dirujuk kepada pihak berautoriti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
AWANI Tonight 23 Jan 2025
AWANITonight with Ashwad Ismail & Najib Aroff
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
1. A special coverage of WEF 2025 from Davos, Switzerland
JPJ bakal tukar petugas kaunter yang bertugas lebih lima tahun
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter JPJ yang bertugas melebihi lima tahun, melibatkan 1,907 petugas di seluruh negara.
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.
Bunuh dan bakar wanita: Reman empat lelaki disambung dua hari
Perintah sambung reman terhadap kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 22 tahun itu dilakukan di Mahkamah Majistret Lenggong semalam.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah
Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
Kes bunuh, bakar wanita: Suspek didakwa esok
Polis merakam keterangan seramai 37 individu untuk membantu siasatan berkaitan kes tersebut.
Tragedi Tg Sepat: Berang tidak diberi wang punca lelaki OKU bunuh empat sekeluarga
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 38 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian membunuh dan membakar kediaman empat sekeluarga di Tanjung Sepat, Rabu lalu.
Pemilik ambil kenderaan dihantar ke bengkel suspek kes bunuh di Tapah
Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata barangan yang dibawa keluar daripada bengkel itu bukan barang kes.