Polis mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata, kesemua yang dipanggil sejak Selasa sehingga hari ini itu adalah pengguna laman sosial berkenaan yang dikatakan berkongsi maklumat awal kes berkenaan sehingga ia menjadi viral.
"Polis memandang serius perkara ini dan dijangka akan memanggil beberapa lagi pengguna Facebook dan juga WhatsApp untuk diambil keterangan.
"Tindakan ini diambil selepas pengguna laman sosial ini tidak mengendahkan peringatan dan amaran daripada pihak berkuasa agar bertanggungjawab terhadap perkara-perkara sebegini. Berikutan itu, kami terpaksa mengambil tindakan tegas dan saya menasihatkan orang yang memulakan hebahan itu supaya tampil kerana kami yakin dapat mengesannya tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya di Taman Setia Kasih Sungai Terap di sini, Isnin lalu.
Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya
Polis kemudiannya bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.
Azman berkata siasatan memanggil pengguna laman sosial itu dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan menasihatkan dalang sebenar supaya tampil atau berdepan tindakan lebih tegas.
Katanya, tindakan itu diambil bagi mengelak ia mengganggu siasatan selain menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Beliau berkata ketika ini pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan lain namun telah menemui petunjuk baharu berhubung kes itu.
Menurutnya suami mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Muar untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan petang semalam.
Sementara itu, seorang keluarga mangsa yang ditemui berkata suami mangsa Muhammad Faris Jaafar, 30, kini dikatakan lebih banyak termenung dan mendiamkan diri dipercayai mengenangkan arwah isterinya itu.
"Sejak kejadian ini berlaku, kami dapati Muhammad Faris lebih banyak mendiamkan diri dan ada masanya termenung memikirkan sesuatu. Alhamdulillah kesihatannya masih baik dan kami faham dia bersedih, namun kami berharap dia dapat menguatkan semangatnya secepat mungkin.
Menurutnya, Muhammad Faris bukan saja bersedih apabila mengenangkan nasib isterinya itu, malah kecewa apabila kes berkenaan dan gambar keluarganya mula viral di laman sosial dan WhatsApp sedangkan ketika kes masih belum disahkan polis.
Ibu saudara mangsa, Anita Abdul Aziz, 42, berkata anggota keluarga mangsa bukan saja sedih apabila kehilangan insan tersayang, malah hati terluka apabila membaca komen yang bukan-bukan di dalam laman sosial Facebook.
Katanya pengguna laman sosial perlu lebih bertanggungjawab dan memikirkan kesannya kepada keluarga mangsa kerana ada fakta yang ditulis di laman sosial itu bertentangan dengan fakta sebenar.
Bernama
Thu Nov 19 2015

Kesemua yang dipanggil sadalah pengguna laman sosial yang dikatakan berkongsi maklumat awal kes berkenaan sehingga ia menjadi viral.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pesara kerajaan didakwa terlibat ubah wang haram
Md Nawi, yang juga bekas kerani sekolah, mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan.

Bunuh kerani sekolah: Hampir 10 pengguna Facebook dipanggil beri keterangan
Ketua Polis Daerah Muar ACP Azman Ayob berkata kesemua yang dipanggil adalah pengguna laman sosial yang dikatakan berkongsi maklumat awal kes berkenaan sehingga ia menjadi viral.