"Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana 'undang-undang rimba' hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah," kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Zainal Azman Ab Aziz.
Beliau berkata demikian dalam penghakimannya terhadap seorang peniaga warung Zulkifli Ismail, 52 yang didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 40 dan mencederakan seorang orang kurang upaya (OKU) Faizul Awang, 33, yang kudung kaki kanan, pada 2015.
Zainal Azman hari ini telah menjatuhi hukuman gantung sampai mati ke atas Zulkifli bagi kesalahan membunuh manakala hukuman penjara 14 tahun dari tarikh tangkap iaitu 7 Dis 2015 bagi kesalahan menyebabkan kecederaan setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Dalam penghakiman kes tersebut, Zainal Azman berkata tertuduh tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri sebaliknya perlu menghubungi polis dan kemudiannya mahkamah akan bertanggungjawab menetapkan sebarang hukuman.
"Banyak berlaku di negara ini (kes sedemikian). Sesiapa juga jangan ambil alih kuasa polis dan mahkamah. Janganlah bila marah kita cepat ambil parang. Jangan sesekali kita ambil kuasa undang-undang," katanya.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan tersebut di kawasan rumah tidak bernombor Jalan Kemaman-Dungun, Kampung Labohan Kerteh, Kemaman, kira-kira 10.30 pagi 7 Dis 2015.
Sebelum menjatuhi hukuman, Zainal Azman berkata berdasarkan keterangan 24 saksi pendakwaan dan tertuduh sendiri yang dipanggil membela diri serta hujah kedua-dua pihak, beliau mendapati tertuduh bukanlah mangsa dalam kes tersebut meskipun timbul dakwaan kedua-dua mangsa cuba merompak beliau.
Katanya Zulkifli telah menyerang kedua-dua mangsa yang sedang mencari besi buruk di kawasan sekitar tempat kejadian dan sekiranya tertuduh benar-benar terancam, sepatutnya telah bertindak menghubungi polis kerana mempunyai telefon bimbit ataupun meminta bantuan daripada orang ramai kerana rumahnya hampir dengan jalan raya.
"Tertuduh yang tiba di tempat kejadian telah datang dari arah belakang dan menikam dada kanan Faizul dan kemudiannya meluru dan menikam dada si mati (Zulkefle). Si mati cuba melarikan diri tetapi tertuduh bukan setakat mengejar mangsa sehingga 70 meter dengan parang tetapi tidak membenarkan rakannya (Faizul) membantu si mati.
"Saksi juga menyatakan si mati sempat merayu sambil mengangkat kedua-dua tangannya supaya tertuduh berhenti mencederakannya tetapi tidak dihiraukan," katanya.
Zainal Azman juga berkata mahkamah mendapati tikaman yang dibuat ke atas si mati dan juga mangsa kedua bukanlah sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan ekoran mempertahan diri tetapi sebaliknya kerana tiada sebarang pergelutan dan provokasi berlaku sebelum tikaman dibuat dan kecederaan yang dialami juga adalah serius.
Pendakwaan telah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Syazwani Zawawi manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff dan Ariff Azami Hussein.
Kes pembunuhan ini telah mendapat perhatian ramai sebelum ini ekoran tular di media sosial yang mendakwa Zulkifli melakukan perbuatan tersebut kerana mempertahankan diri daripada kedua-dua mangsa terbabit yang cuba merompak.
Kejadian tersebut membawa kepada penubuhan kumpulan 'Selamatkan Zulkifli' di laman sosial Facebook yang mencecah 71,000 followers dengan menyiarkan pelbagai kenyataan negatif yang mempertikai kuasa polis yang menangkap Zulkifli selepas kejadian dan proses perundangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 27 2018

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zainal Azman Ab Aziz menjatuhkan hukuman gantung ke atas peniaga warung Zulkifli Ismail, 52, (tengah) bagi kesalahan membunuh. - Foto Bernama

185 kanak-kanak terkait GISB diserah kepada keluarga - Exco
Sebanyak 185 kanak-kanak terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) telah diserahkan kepada keluarga dengan bon berserta syarat oleh pihak mahkamah.

Aplikasi Grok untuk iPhone kini boleh dimuat turun pengguna Malaysia
Pengguna iPhone boleh memuat turun Grok hari ini, tetapi ia masih belum tersedia untuk pengguna Android.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pembinaan Terminal 3 KLIA bersyarat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

MBPP arah lima premis makanan kotor ditutup
Kesemua kedai makanan itu diarah tutup 14 hari selepas MBPP menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Pulau Pinang.
Keyakinan pengguna cerminan pengukuhan ekonomi
Berdasarkan Indeks Keyakinan Pengguna yang dikeluarkan IPSOS, sejauh mana peningkatan keyakinan tersebut memberi cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.
[Data & Statistik] Indeks Keyakinan Pengguna Januari 2025
Data tinjauan IPSOS mendapati bahawa Indeks Keyakinan Pengguna Malaysia pada Januari 2025 melonjak sebanyak 4 peratus berbanding setahun lalu. Indeks negara khususnya, melepasi purata global, serta Jepun dan Korea Selatan. Situasi ini menunjukkan bahawa pengguna Malaysia lebih optimistik tentang prospek ekonomi mereka berbanding penduduk negara-negara serantau yang lain.
KDNK 2024 memberangsangkan, apa cabaran menanti?
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku ke-4 2024 mencatat +5.0%, lebih baik daripada jangkaan. Namun, penurunan eksport dan impak dasar tarif import Amerika Syarikat mungkin memberi kesan kepada momentum ekonomi tahun ini. Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, mengulas mengenai cabaran perdagangan global, strategi Malaysia menangani kelembapan ekonomi, serta unjuran inflasi Januari 2025.

SVG Worldwide SS25 mendefinisikan semula fesyen jalanan Malaysia
Ashraf Anuar mencipta fenomena dalam dunia streetwear dengan koleksi yang diberi judul "The Journey."

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Dua pengikut 'Tuhan Harun' terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun bunuh pegawai JAIP
Permohonan kedua-dua pemohon dibenarkan, hukuman mati digantikan dengan pemenjaraan.

Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan
Zulkarnain Idros berkata, mereka sekeluarga sangat bersyukur serta lega di atas hukuman yang dikenakan ke atas enam suspek yang terlibat mendera dan membuli Allahyarham Zulfarhan.

Enam bekas penuntut UPNM ke tali gantung, bunuh Zulfarhan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kesemua enam tertuduh itu.

Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Miliki dadah, buruh terlepas hukuman gantung, diganti penjara 10 tahun
Seorang buruh terlepas daripada hukuman gantung apabila Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan dan hukuman mati atas kesalahannya mengedar dadah.

'Pengantin kanak-kanak' bunuh suami dihukum gantung sampai mati
Samira dipenjarakan sejak sedekad lalu dan dihukum bunuh ketika waktu subuh pada Rabu di penjara Ghezel Hesar.

Suami isteri warga Indonesia mengaku salah bunuh majikan
Sepasang suami isteri warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.

Jurukimpal bunuh suri rumah terlepas hukuman gantung, diganti penjara 35 tahun
Jurukimpal terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan meringankan hukuman mati terhadapnya kepada penjara 35 tahun kerana membunuh seorang suri rumah.