JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga Indonesia masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini hari ini, selepas didapati bersalah membunuh majikan mereka di Kulai, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Bartolomeus Fransceda dan Ekalia, kedua-duanya berusia 23 tahun.
Bartolomeus turut dikenakan 12 kali sebatan dan hukuman ke atas pasangan suami isteri bermula daripada tarikh tangkap.
Abu Bakar dalam penghakimannya berkata hukuman ke atas tertuduh itu, dibuat selepas menghalusi hujahan lisan dan bertulis mitigasi peringanan hukuman yang dikemukakan oleh peguam tertuduh, hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya serta menimbangkan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.
"Mahkamah ini turut mengambil kira kenyataan impak mangsa dan fakta kes yang dibentangkan oleh pendakwaan serta prinsip-prinsip penghukuman," katanya.
Sebelum itu, kedua-dua tertuduh tiba di kamar mahkamah sekitar 9 pagi, dengan Bartolomeus memakai kemeja-T putih manakala Ekalia memakai kemeja berbelang putih.
Pada 29 Nov, pasangan suami isteri itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan yang sama.
Bartolomeus yang merupakan tukang kebun dan Ekalia sebagai pembantu rumah, masing-masing berusia 20 tahun ketika itu didakwa bersama-sama membunuh wanita warga emas Lau Yen Na, 73, di sebuah rumah di Jalan Anak Bukit, Palm Resort Senai, Kulai, pada 2 petang, 17 Mac 2020.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau jika tidak dihukum dengan hukuman gantung hendaklah dihukum penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan siasatan dan analisa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian, kedua-dua tertuduh didapati membunuh mangsa menggunakan sebuah cangkul kecil dua mata tajam berukuran 50 sentimeter.
Kedua-dua tertuduh didapati menggunakan cangkul tersebut untuk memukul bahagian kepala warga emas itu ketika dia (mangsa) sedang berehat, sebelum melarikan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dan telefon bimbit milik mangsa.
Selepas kejadian itu, kedua-dua tertuduh bertolak ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan rakan mereka bagi mencari kerja baharu, sebelum kedua-duanya ditangkap di sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor pada 21 Mac 2020.
Sebelum ini, hasil analisa patologi menjelaskan bahawa punca kematian mangsa ialah kecederaan di kepala, manakala hasil analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati DNA mangsa ada pada senjata itu selain DNA tertuduh wanita turut dikesan pada sarung bantal.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ooi Pen Lyn.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Tertuduh, Bartolomeus Fransceda (kanan) dan isterinya, Ekalia (tengah) dijatuhi hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh majikannya tiga tahun lalu. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Tertuduh, Yap Kok Ming, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Bunuh majikan: Warga Indonesia dihadap ke mahkamah
Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan membunuh majikannya bulan lepas.

Tak tahan kena marah punca warga Indonesia bunuh majikan
Seorang pekerja ladang warga Indonesia membunuh warga emas lelaki di sebuah pondok kebun kelapa sawit di Sungai Udang di sini pada 22 Disember lalu.

Bunuh majikan guna cangkul, suami isteri masing-masing dipenjara 35 tahun
Sepasang suami isteri warga Indonesia masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh majikan mereka.

Pengawal peribadi dihukum mati, bersalah bunuh majikan berpangkat Datuk
Jaafar disabitkan membunuh majikannya, Datuk Ong Teik Kwong dan dua individu lain dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api.

Rebus, makan alat kelamin majikan gara-gara rebut ladang sawit
Mansur dipercayai melakukan tindakan keji itu terhadap M Dasrullah dalam usaha merampas ladang sawit milik majikannya itu.