MELAKA: Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh majikannya bulan lepas.
Tertuduh Rudiansyah, 25, mengangguk faham ketika pertuduhan dibaca oleh jurubahasa Indonesia, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nordin Ong Abdullah, 71, di sebuah rumah kebun ladang kelapa sawit di Lorong Sidang Haji Hamid, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang antara 22 Dis sekitar 10.30 pagi hingga 27 Dis lepas kira-kira pukul 1.20 pagi.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum sebatan tidak kurang 12 kali sebatan.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Khairunnisak Hassni kemudiaannya tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 19 Feb depan bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Bernama sebelum ini melaporkan seorang pekerja kebun kelapa sawit warga Indonesia ditahan kerana disyaki membunuh majikannya, dan mayat warga emas itu ditemukan dengan kesan kecederaan di belakang kepala pada pukul 1.20 pagi, 27 Dis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024

Rudiansyah didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Nordin Ong Abdullah, 71, di ladang kelapa sawit di Lorong Sidang Haji Hamid, Paya Rumput Jaya, Sungai Udang. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Tertuduh, Yap Kok Ming, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Bunuh majikan: Warga Indonesia dihadap ke mahkamah
Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan membunuh majikannya bulan lepas.

Tak tahan kena marah punca warga Indonesia bunuh majikan
Seorang pekerja ladang warga Indonesia membunuh warga emas lelaki di sebuah pondok kebun kelapa sawit di Sungai Udang di sini pada 22 Disember lalu.

Bunuh majikan guna cangkul, suami isteri masing-masing dipenjara 35 tahun
Sepasang suami isteri warga Indonesia masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 35 tahun selepas didapati bersalah membunuh majikan mereka.

Pengawal peribadi dihukum mati, bersalah bunuh majikan berpangkat Datuk
Jaafar disabitkan membunuh majikannya, Datuk Ong Teik Kwong dan dua individu lain dengan menembak menggunakan sepucuk senjata api.

Rebus, makan alat kelamin majikan gara-gara rebut ladang sawit
Mansur dipercayai melakukan tindakan keji itu terhadap M Dasrullah dalam usaha merampas ladang sawit milik majikannya itu.