PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan Shahrul Pitri Jusoh terhadap sabitan dan hukuman mati.
Dalam keputusan mahkamah, Hakim Vazeer berkata pembelaan Shahrul Pitri terhadap kehilangan akal dari segi undang-undang telah disangkal oleh pakar perunding psikiatri forensik yang memberi keterangan bahawa tertuduh waras semasa melakukan perbuatan tersebut.
Mengenai hukuman mati, Hakim Vazeer menolak permintaan Shahrul Pitri supaya hukuman mati terhadapnya digantikan dengan hukuman penjara.
Menurutnya, Mahkamah Rayuan mempunyai budi bicara untuk mengetepikan hukuman mati terhadap Shahrul Pitri, 40, dan menggantikan dengan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun berdasarkan pindaan terbaharu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, katanya, tiada asas munasabah untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya berbuat demikian.
Melihat kepada keseluruhan keterangan dan mitigasi yang dikemukakan oleh perayu, beliau berkata adalah menjadi pandangan mahkamah bahawa ia perlu memberi keutamaan kepada kepentingan awam serta kepentingan mangsa dan keluarga mangsa.
Hakim Vazeer berkata tiga kanak-kanak itu terbunuh akibat perbuatan kejam perayu.
Justeru, hukuman mati dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap perayu dikekalkan.
Pada 6 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Shahrul Pitri bersalah membunuh Muhammad Faqih Zahirulhag Mohd Fadzil,5, Muhammad Firash Zafrill, 3, serta Nur Zia Fasihah, dua tahun.
Dia melakukan perbuatan itu di rumah projek bantuan bina rumah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Bagan Datuk antara jam 2.30 hingga 2.40 petang pada 17 Mei 2018.
Shahrul Pitri juga dijatuhkan hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah kerana cubaan membunuh dengan menggunakan parang terhadap ibu mangsa, Zuraidah Mat Ali, 37, di tempat dan masa yang sama.
Dia juga dikenakan tambahan enam tahun penjara kerana didapati bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kakak mangsa, Nur Zuryn Faziera Mohd Fadzil, 10, rakannya, Nur Aina Umaira Subri, 11, dan guru Redhuan Embi, 37.
Bagi kesemua pertuduhan itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap.
Terdahulu, peguam yang dilantik mahkamah, Rajit Singh, memaklumkan bahawa Shahrul Pitri hanya merayu berkenaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi bagi pertuduhan membunuh.
Beliau berkata Shahrul Pitri menarik balik rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan cubaan membunuh dan menyebabkan kecederaan.
Mahkamah kemudiannya membatalkan rayuannya.
Timbalan Pendakwa Raya, Fauziah Daud berhujah bahawa keterangan perunding psikiatri forensik, Dr Ian Lloyd Anthony tidak menyokong pembelaan Shahrul Pitri terhadap alasan kehilangan akal.
Beliau juga meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati dengan mengatakan bahawa ia melibatkan tiga kanak-kanak kecil yang tidak bersalah.
Shahrul Pitri mempunyai satu lagi hak rayuan iaitu di Mahkamah Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
![Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694698502_bunuh.jpg)
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu. - Foto Sinar Harian
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
Tiada perbincangan rasmi gabungan dengan Warisan - UMNO Sabah
Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan parti itu belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti politik di negeri ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
Barisan kepimpinan PBB diketahui Ahad
Enam calon bertanding untuk empat kekosongan jawatan Naib Yang Dipertua Sayap Bumiputera sementara 20 calon berentap untuk 16 kerusi Ahli Majlis tertinggi Sayap Bumiputera manakala 16 calon berebut untuk 14 kekosongan bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi Sayap Pesaka.
![Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612631_DatukMohdJoehariM.jpg)
Penstrukturan Liga-M keutamaan Mohd Joehari
Penstrukturan saingan Liga-M antara menjadi keutamaan Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dalam fasa pertama pentadbirannya sebagai Presiden FAM yang baharu.
136 inisiatif bukti Premier bukan 'jaja air liur'
136 inisiatif yang diperkenalkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg membuktikan kepimpinan beliau yang berani, tegas, dan pintar dalam mencari penyelesaian untuk rakyat.
PBB perlu ambil iktibar kejatuhan parti ternama
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penting untuk PBB menginsafi berlakunya defisit kepercayaan terhadap parti Kongres di India dan LDP di Jepun, agar ia tidak berlaku kepada PBB, yang ketika ini berada pada zon selesai.
Zon Maritim Lahad Datu pastikan perairan bebas ancaman
Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan dari tahun 2020 hingga 2024 melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.
![Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739617937_HostagesFamily.jpg)
Kumpulan Palestin serah 3 tawanan Israel dalam perjanjian pertukaran di Gaza
Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas dan Saraya Al-Quds, kumpulan bersenjata daripada Jihad Islam, menyerahkan tiga tawanan Israel pada Sabtu.
Kurang penyelenggaraan punca masalah bekalan air di Sandakan – James Ratib
Menteri pembangunan masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib menjelaskan banyak telaga tiub di Loji Rawatan Air (LRA) Hilltop dan Sibuga tidak berfungsi kerana gagal diselenggara dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
![Buruh didenda RM2,000 lindungi pesalah kes langgar lari di pusat hiburan Buruh didenda RM2,000 lindungi pesalah kes langgar lari di pusat hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735463448_TBGAVEL.jpg)
Buruh didenda RM2,000 lindungi pesalah kes langgar lari di pusat hiburan
Majistret turut memerintahkan S Teenesh, 40, dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
![Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737954635_BuruhwargaBanglade.jpg)
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
![Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734158423_construction.jpg)
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
![Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662106072_TBGAVEL.jpg)
Rogol dan liwat anak, buruh dipenjara 32 tahun
Seorang buruh diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan untuk menjalani hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana merogol dan meliwat anak perempuannya yang di bawah umur, lima tahun lepas.
![Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000 Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670573104_ZainolSamah.jpg)
Polis tahan dalang sindiket seludup dadah bernilai lebih RM160,000
Seorang buruh warga Indonesia dipercayai dalang sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah menerusi jalan laut ditahan menerusi Op Tapis, semalam.
![Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729567158_rogol.jpg)
Buruh didakwa rogol anak rakan berusia 14 tahun
Wan Muhamaad Sofie mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
![Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721826581_TBMuhammadHalmiIsma.jpg)
Tipu bantuan eKasih: Buruh dihukum penjara 21 tahun 2 bulan dan 14 sebatan
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di tiga bank dan sembilan lokasi sekitar Ipoh antara 1 Jan hingga 22 April lepas.
![Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715238506_Duaburuhjpg.jpg)
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
![Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694698502_bunuh.jpg)
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
![Buruh didakwa bunuh pemandu teksi Buruh didakwa bunuh pemandu teksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692849805_TBBuruhdakwabunuh.jpg)
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.