ALOR SETAR: Bunyi dentuman kuat mengejutkan sebuah keluarga yang sedang berehat di Taman Mergong Jaya, di sini, dalam kejadian ribut kira-kira jam 2 petang pada Rabu.
Siti Masita Mat Isa, 38, berkata, kejadian tersebut menyebabkannya bergegas keluar dari bilik tidur untuk memeriksa bunyi seakan-akan letupan mercun tersebut.
Menceritakan kejadian cemas itu, ibu kepada empat anak itu berkata, dia berasa takut dan panik kerana rumahnya seakan-akan bergegar secara tiba-tiba.
"Walaupun ketakutan, saya tetap keluar dari bilik untuk memeriksa dan mendapati ruang tamu rumah berselerak dengan siling jatuh ke lantai dan bumbung rumah pula tiada.
"Mujurnya, anak-anak tidak bermain di ruang tamu seperti kebiasaanya pada hari kejadian, sebaliknya berada di bilik tidur," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya pada Khamis.
Rumah Siti Masita antara enam kediaman di taman perumahan itu yang mengalami kerosakan terutamanya bahagian bumbung akibat dilanda ribut.
Menurut pengusaha kuih-muih itu, dia bagaimanapun bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat meskipun mengalami kerugian teruk akibat kerosakan siling dan bumbung rumah dalam kejadian ribut tersebut.
"Cumanya, sekarang rasa takut hendak duduk rumah sebab setiap kali dengar angin menderu, saya bimbang siling rumah yang telah rosak akan runtuh kerana tidak mampu membaiki kerosakan itu lagi.
"Jadi, saya tidak benarkan anak bermain di ruang tamu, selain tidak berani membuka kipas disebabkan ia boleh jatuh bila-bila masa sahaja," katanya.
Sementara itu, seorang lagi mangsa ribut, Mohd Faizal Hashim,33, berkata, kejadian ribut itu berlaku sekelip mata dan tanpa disangka-sangka hingga menerbangkan sebahagian bumbung di ruang tamu rumahnya.
Menurut Mohd Faizal, dia dan isteri tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menyelamatkan diri selepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat itu.
"Dalam tempoh dua minit sahaja, saya dan isteri mendapati bumbung rumah sudah diterbangkan angin ke kawasan luar pagar dan banyak bahagian alami kerosakan," katanya.
Menurut suri rumah, Nurul Ashikin Abu Seman, 37, dia ada bersama anak perempuannya, Puteri Nur Jannah Mohd Abdul Azim, 6, berada di rumah sewaktu kejadian itu.
"Memang takut sebab tidak pernah dengar bunyi sekuat itu, jadi kami cuba mampu melarikan diri ke tempat selamat dan mujurnya tiada apa-apa," katanya.
Katanya, dia menyangka kerosakan hanya berlaku pada bahagian bumbung depan rumah, namun rupa-rupanya bahagian lain turut diterbangkan angin.
"Kami sudah membaiki kerosakan pada bahagian bumbung di kawasan bilik dengan menggantikan bumbung baharu dengan kos sekitar RM300, cuma bahagian bumbung hadapan masih belum dapat dibaiki," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 16 2023

Menceritakan kejadian cemas itu, ibu kepada empat anak itu berkata, dia berasa takut dan panik kerana rumahnya seakan-akan bergegar secara tiba-tiba. - Foto Sinar Harian
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Bunyi dentuman kuat, bumbung diterbang ribut
Bunyi dentuman kuat mengejutkan sebuah keluarga yang sedang berehat di Taman Mergong Jaya, di sini, dalam kejadian ribut kira-kira jam 2 petang pada Rabu.