KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi awal urus niaga, mengikuti rapat prestasi Wall Street semalaman yang kembali pulih, kata seorang peniaga.
Pada jam 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.02 mata kepada 1,404.64 daripada 1,397.62 penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka 6.14 mata lebih baik pada 1,403.76.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 282 berbalas 62, manakala 156 kaunter tidak berubah, 1,853 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 119.91 juta unit bernilai RM68.64 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat pasaran serantau termasuk bursa tempatan seharusnya bergerak tinggi hari ini berikutan lantunan ketara prestasi Wall Street pada hari Isnin.
Bagi komoditi pula, harga minyak mentah mula menunjukkan peningkatan dengan diniagakan melepasi paras US$88 setong, manakala harga minyak sawit mentah berlegar sekitar RM3,480 satu tan.
"Minyak mentah yang meningkat boleh melonjakkan kaunter tenaga dalam jangka masa terdekat. Selain itu, dengan Nasdaq kembali pulih, saham teknologi sedia untuk mendapat manfaat daripadanya," katanya.
Di pasaran domestik, firma pembrokeran itu percaya pelabur akan memberi tumpuan kepada pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada Jumaat ini 7 Okt.
Justeru, paras rintangan Bursa dianggarkan sekitar 1,410 hingga 1,430 manakala sokongan pada 1,365 hingga 1,370.
Sementara itu, saham wajaran tinggi Bursa seperti Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals, semuanya menokok satu sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM8.61, RM4.26 dan RM8.40.
CIMB pula menambah lima sen kepada RM5.17 tetapi IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM5.86.
Bagi saham aktif, Vinvest Capital menambah satu sen kepada 19.5 sen, Pertama Digital naik dua sen menjadi RM1.55, Cnergenz menokok 4.5 sen kepada RM1.04 dan Scomi Energy Services mengembang 2.5 sen kepada tujuh sen manakala SNS Network Technology tidak berubah pada 27 sen.
Di papan indeks, indeks FBM Emas mengembang 58.14 mata kepada 10,025.54, Indeks FBM 70 meningkat 97.66 mata menjadi 12,186.45 dan Indeks FBMT 100 melonjak 55.89 mata kepada 9,778.85.
Sementara itu, Indeks FBM Emas Syariah meraih 67.24 mata kepada 10,062.34 dan FBM ACE memperoleh 22.03 mata kepada 4,674.14.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga adalah 13.05 mata lebih tinggi pada 687.30, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 40.12 mata menjadi 15,983.33, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menmbah 1.01 mata kepada 169.67 dan Indeks Perladangan mengembang 16.13 mata kepada 6.525.12.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat pasaran serantau termasuk bursa tempatan seharusnya bergerak tinggi hari ini berikutan lantunan ketara prestasi Wall Street pada Isnin. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.