KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung membabitkan saham wajaran tinggi terpilih mengheret turun dagangan Bursa Malaysia pada sesi tengah hari dengan sentimen berhati-hati melanda pasaran serantau, kata seorang peniaga.
Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata kepada 1,421.76 daripada 1,424.17 pada penutup Jumaat lepas.
Indeks utama yang dibuka lemah 0.10 mata pada paras 1,421.07, berlegar antara 1,421.64 dan 1,428.04 sepanjang sesi dagangan pagi.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 489 berbalas 258, manakala 415 kaunter tidak berubah, 1,133 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan 1.70 bilion unit bernilai RM828.47 juta.
Walaupun terdapat sentimen berhati-hati, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pasaran saham akan bergerak lebih tinggi, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.
"Di dalam negara pula, perkembangan positif dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) serta Belanjawan 2024 mungkin akan menyediakan peluang dagangan di bursa tempatan," katanya dalam nota hari ini.
Bagi sektor, firma pembrokeran itu memilih sektor pembinaan, bahan binaan, tenaga boleh diperbaharui, minyak dan gas, ayam itik, automotif, insurans dan teknologi dengan menjangkakan minat belian yang berterusan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB turun dua sen setiap satu kepada RM8.77 dan RM5.41, Tenaga Nasional susut sembilan sen menjadi RM9.90, Petronas Chemicals turun 10 sen kepada RM7.09 manakala Public Bank peroleh 1.0 sen kepada RM4.07.
Bagi saham aktif, Evergreen Max Cash, Fintec dan MLabs, kesemuanya tidak berubah dan mencatatkan harga 42.5 sen, satu sen dan 1.5 sen manakala KNM menambah satu sen kepada 13.5 sen dan Sapura Energy susut setengah sen kepada lima sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 14.02 mata kepada 10,568.25, Indeks FBMT 100 menguncup 13.25 mata menjadi 10,231.25 dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 23.0 mata kepada 10.851.
Indeks FBM ACE turun 12.77 mata kepada 5,162.47 dan Indeks FBM 70 kerugian 43.19 mata kepada 14,150.07.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 11.09 mata kepada 15,907.08, Indek Perladangan susut 30.56 mata kepada 6,849.79, Indeks Tenaga merosot 4.23 mata menjadi 889.51, manakala Indeks Perkhidmatan Produk Perindustrian susut 0.80 mata kepada 170.69.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata kepada 1,421.76 daripada 1,424.17 pada penutup Jumaat lepas.- Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.