KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, dijejaskan oleh aktiviti jualan saham wajaran tinggi serta bermodal sederhana dan kecil terpilih, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.77 mata kepada 1,448.15 daripada 1,453.92.5.77 pada akhir dagangan Jumaat lepas.
Indeks itu dibuka rendah 0.77 mata pada 1,453.15 dan bergerak dalam jajaran 1,448.0 hingga 1,455.78 sepanjang dagangan hari ini.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 683 berbanding 287 manakala 415 kaunter tidak berubah, 1,025 tidak diniagakan dan 48 yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan menguncup kepada 3.09 bilion unit bernilai RM2.05 bilion daripada 3.50 bilion unit bernilai RM2.35 bilion pada Jumaat.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama turut memaparkan trend penurunan apabila pelabur berpendirian untuk lebih berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan Eropah pada akhir minggu ini.
Selain itu, penyusutan keuntungan perindustrian China pada 7.8 peratus tahun ke tahun dalam bagi Oktober, turut menjejaskan sentimen pelabur, mendorong ketidaktentuan terhadap langkah rangsangan Beijing manakala siri Indeks Pengurus Pembelian (PMI) negatif di Jepun turut mencetuskan kebimbangan dari segi aktiviti perdagangan.
Di dalam negara, Thong berkata penilaian indeks penanda aras dilihat sebagai kekal menarik pada paras semasa dan menjangkakan aktiviti pembelian saham berterusan, terutama membabitkan saham-saham mewah.
"Bagaimanapun, sentimen pelabur berkemungkinan dijejaskan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu serta seiring dengan peningkatan ketidakpastian pasaran. Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan mengekalkan fasa konsolidasi pada masa ini sementara menunggu kemunculan pemangkin baharu.
"Paras sokongan indeks itu adalah pada 1,445 manakala rintangan pada 1,465 bagi minggu ini," katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut tiga sen kepada RM9.06, Public Bank turun satu sen kepada RM4.24, Petronas Chemicals merosot 21 sen kepada RM7.09 dan Tenaga Nasional menguncup 16 sen kepada RM9.84 dan CIMB tidak berubah pada RM5.75.
Bagi saham aktif, Panda Eco naik meraih 10 sen kepada 26 sen, Leform naik setengah sen kepada 30 sen, Hong Seng dan Widad tidak berubah masing-masing pada 2.5 sen dan 46.5 sen namun Top Glove turun 2.0 sen kepada 88 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 43.27 mata pada 10,725.46, Indeks FBMT 100 turun 40.27 mata kepada 10,390.62 dan Indeks FBM Emas Shariah menguncup 69.95 mata kepada 10,874.06.
Indeks FBM 70 merosot 50.40 mata kepada 14,281.34 manakala Indeks FBM ACE susut 98.06 mata kepada 5,107.37.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 42.42 mata kepada 16,341.90, Indeks Tenaga susut 4.17 mata kepada 830.68 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 1.87 mata kepada 172.24 manakala Indeks Perladangan menambah 12.10 mata kepada 6,943.445.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.82 bilion unit bernilai RM1.71 bilion daripada 2.09 bilion unit bernilai RM2.04 bilion pada Jumaat.
Waran bagaimanapun berkurangan kepada 496.10 juta unit bernilai RM63.91 juta berbanding 710.88 juta unit bernilai RM87.76 juta sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangannya meningkat kepada 776.51 juta saham bernilai RM279.85 juta daripada 677.28 juta bernilai RM223.46 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 301.49 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan perindustrian (408.24 juta), pembinaan (119.99 juta), teknologi (257.33 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (47.98 juta), hartanah (262.56 juta); perladangan (31.73 juta); REIT (7.07 juta), dana tertutup (22,900), tenaga (111.27 juta), penjagaan kesihatan (131.80 juta), telekomunikasi dan media (27.23 juta), pengangkutan dan logistik (36.46 juta) manakala utiliti (76.01 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 1.82 bilion unit bernilai RM1.71 bilion daripada 2.09 bilion unit bernilai RM2.04 bilion pada Jumaat. - Gambar fail/Bernama
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Bursa Malaysia rendah susulan jualan saham wajaran tinggi, modal sederhana
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama susut 5.77 mata kepada 1,448.15 daripada 1,453.92.5.77 pada akhir dagangan Jumaat lepas.