KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan bagi hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong belian tidak henti-henti dalam saham berwajaran tinggi didahului kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, sejajar dengan prestasi positif di bursa serantau.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.60 mata atau 0.47 peratus kepada 1,398.06 daripada 1,391.46 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks barometer itu dibuka 1.19 mata lebih rendah kepada 1,390.27 sebelum bergerak serendah 1,389.94 pada sesi awal dan melepasi paras psikologi 1,400 mata apabila ia mencecah 1,400.05 selepas rehat tengah hari.
Keseluruhan pasaran juga positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 490 berbanding 347, manakala 429 kaunter tidak berubah, 992 kaunter tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.82 bilion unit bernilai RM1.73 bilion daripada 2.83 bilion unit bernilai RM1.86 bilion pada Selasa.
Petronas Chemicals dan Press Metal ialah penyumbang utama kepada kenaikan indeks utama, masing-masing meningkat 20 sen dan 9.0 sen kepada RM6.34 dan RM4.89, dengan jumlah gabungan sebanyak 3.87 mata.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks-indeks utama serantau kebanyakannya ditutup tinggi didorong oleh keyakinan terhadap sokongan China kepada sektor hartanah.
Beliau memberitahu Bernama hari ini, ekonomi kedua terbesar dunia itu dijangka mempercepat pelaksanaan dasar untuk menyokong pasaran hartanah, dan langkah mendorong keyakinan perniagaan mungkin diperkenalkan.
Beliau juga berkata pelabur berharap Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) akan menghentikan sementara kenaikan kadar faedah menjelang laporan inflasi negara itu hari ini, sekali gus akan kurang menjejaskan aktiviti perniagaan.
"Di peringkat tempatan, kami berpandangan prospek ekuiti tempatan akan kekal stabil dengan sokongan belian teguh dari institusi tempatan susulan penilaian yang murah, didorong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh yang akan memacu pasaran ke hadapan.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI menguji semula paras 1,400 tidak lama lagi. Jika FBM KLCI mampu bertahan melebihi paras 1,400 untuk tempoh yang lebih lama, prospek indeks penanda aras ini akan positif dalam jangka masa sederhana," katanya.
Thong berkata selepas menembusi paras psikologi kukuh 1,400, pihaknya menetapkan rintangan seterusnya pada 1,415 dan sokongan pada 1,375.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing meningkat 1.0 sen kepada RM8.75 dan RM5.22, IHH Healthcare menambah 7.0 sen kepada RM5.95, Public Bank tidak berubah pada RM3.87, manakala Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM9.03.
Antara saham aktif, Sarawak Consolidated dan KNM Group masing-masing menokok 1.0 sen kepada 49.5 sen dan 8.5 sen, Salutica melonjak 11.5 sen kepada 72 sen, dan RGB International meningkat 2.5 sen kepada 36.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 43.80 mata kepada 10,300.35; Indeks FBMT 100 menokok 41.29 mata kepada 9,990.19; Indeks FBM Emas Syariah menambah 58.15 mata kepada 10,602.51;Indeks FBM 70 meningkat 31.03 mata kepada 13,554.86; dan Indeks FBM ACE naik 1.74 mata kepada 5,221.27.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 30.40 mata kepada 15,497.28; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.21 mata kepada 161.26; Indeks Tenaga menokok 11.66 mata kepada 813.88 namun, Indeks Perladangan susut 5.40 mata kepada 6,896.03.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.09 bilion unit bernilai RM1.50 bilion daripada 2.01 bilion unit bernilai RM1.60 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 299.16 juta unit bernilai RM47.77 juta daripada 311.74 juta unit bernilai RM48.00 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE sebanyak 422.16 juta saham bernilai RM179.29 juta berbanding dengan 504.39 juta saham bernilai RM213.07 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 503.86 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (632.60 juta); pembinaan (86.05 juta); teknologi (140.79 juta); SPAC (tiada); perkhidmatan kewangan (72.74 juta); hartanah (213.60 juta); perladangan (31.59 juta); REIT (10.67 juta), dana tertutup (24,900); tenaga (228.10 juta); penjagaan kesihatan (43.93 juta); telekomunikasi dan media (46.40 juta); pengangkutan dan logistik (24.56 juta); serta utiliti (57.01 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.60 mata atau 0.47 peratus kepada 1,398.06 daripada 1,391.46 ketika ditutup pada Selasa. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.