PUTRAJAYA: Seorang buruh am perlu menjalani hukuman penjara 30 tahun dan lapan sebatan kerana merogol dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan, lima tahun lalu.
Keputusan itu dicapai selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah menolak rayuan Ruslan Bacika supaya hukuman penjara untuk kedua-dua sabitan terhadapnya dijalankan serentak.
"Bagi kami, anda amat bertuah kerana mendapat hukuman itu berbanding satu lagi kes rogol baru-baru ini di mana orang itu mendapat 36 tahun dan 20 sebatan," kata Hakim Kamaludin kepada Ruslan.
Ruslan, 59, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol gadis itu yang berusia 12 tahun ketika itu di sebuah rumah pada 27 Mac 2018 dan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis itu pada 15 Jun dan 19 Jun, 2018.
Pada 13 Feb 2019, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan memerintahkan tertuduh dikenakan empat sebatan bagi kesalahan merogol bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Julai 2018.
Ruslan juga dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan amang seksual fizikal berjalan serentak, bermakna dia hanya menjalani hukuman penjara 10 tahun.
Walau bagaimanapun, pemenjaraan 10 tahun hanya akan bermula selepas Ruslan selesai menjalani hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan rogol.
Pada 20 Jan, 2020, Mahkamah Tinggi menolak rayuannya terhadap hukuman.
.Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal bersama ibunya di sebuah bilik sewa dan tertuduh turut tinggal dalam bilik sewa lain dalam rumah tersebut.
Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, P.A. Sahrron mewakili perayu manakala pendakwaaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir.
Kelmarin, seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Rayuan kerana merogol dua anak perempuannya yang di bawah umur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Seorang buruh am perlu menjalani hukuman penjara 30 tahun dan lapan sebatan kerana merogol dan melakukan perbuatan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun sehingga mangsa melahirkan seorang bayi perempuan, lima tahun lalu.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Mahkamah tolak rayuan bekas penghantar makanan rogol kanak-kanak
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas penghantar barang yang merogol seorang murid darjah enam di sebuah hotel bajet, empat tahun lepas.

Lelaki warga Indonesia dipenjara 15 tahun rogol kanak-kanak
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mukhlasin Zainuddin, 62, selepas mendapati dia gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pengutip besi buruk 35 tahun ditahan rogol kanak-kanak berusia 10 tahun
Seorang pengutip besi buruk warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, di Cheras Baru, Sabtu lalu.

Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.

Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun, 5 sebatan rogol budak dilacur bapa
Seorang lelaki warga Pakistan kekal dihukum penjara 12 tahun berhubung kes merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, yang dilacurkan bapanya.

Tiga lepasan SPM, rakan didakwa rogol kanak-kanak 12 tahun
Tiga pelajar lepasan SPM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kanak-kanak 11 tahun dirogol bergilir-gilir 7 rakan abang
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di sebuah kampung, di Gerik pada 3 November lalu.

Lelaki mengaku salah rogol, seks luar tabii remaja 13 tahun
Seorang pekerja kedai langsir mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol, persetubuhan luar tabii dan amang seksual terhadap seorang remaja 13 tahun.

Buruh am dipenjara 30 tahun, 8 sebatan, rogol, amang seksual
Hakim menolak rayuan Ruslan Bacika supaya hukuman penjara untuk kedua-dua sabitan terhadapnya dijalankan serentak.

Rogol: Reman ibu, bapa tiri kanak-kanak disambung
Tempoh reman ibu dan bapa tiri kepada kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa dera dan rogol disambung lima hari lagi.