KUALA TERENGGANU: Seorang buruh binaan hari ini menjadi pesalah khalwat pertama yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah.
Hamidi juga memerintahkan Mohd Affendi dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Mahkamah turut memerintahkan Mohd Affendi menjalani hukuman sebat dalam tempoh 14 hari jika tertuduh tidak mengemukakan rayuan.
Mohd Affendi mengaku berada bersama seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang bukan isteri atau mahramnya di antara 1.10 pagi hingga 2.15 pagi pada 25 Jan lepas di tingkat tiga sebuah premis kosong dalam proses baik pulih di Kemaman.
Hukuman sebat dikenakan ke atas lelaki itu kerana ini adalah kesalahan keduanya yang pernah dihukum bagi kesalahan sama pada Julai tahun lepas.
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) Pindaan 2022, bagi kesalahan khalwat kali kedua dan seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman sebat hingga enam kali, denda hingga RM5,000 atau penjara tiga tahun.
Dalam penghakimannya, Hamidi berkata hukuman itu bertujuan mendidik pesalah dan masyarakat agar tidak melakukan kesalahan yang sama.
"Sebab itulah sebatan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil jauh berbeza. Di Mahkamah Sivil pada zahirnya nampak azab sedangkan di Mahkamah Syariah (sebatan) jauh lebih ringan dengan harapan didikan daripada Allah itu sampai," katanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Syarie Muhamad Khasmizan Abdullah manakala Mohd Affendi tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang (tengah) mengaku bersalah. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Op Valentine: Wanita berstatus janda antara ditangkap berkhalwat bersama teman lelaki
Empat pasangan yang bukan suami isteri telah ditahan atas kesalahan berkhalwat kesemua mereka berumur lingkungan 20-an.

Buruh binaan individu pertama di Terengganu dihukum sebat kerana berkhalwat
Hakim Syarie Hamidi Shafie menjatuhi hukuman empat sebatan dan denda RM3,000 selepas Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah.

Pelajar IPT beri alasan mahu berehat ketika ditangkap khalwat
Mahu berehat selepas seharian bersiar-siar di sekitar bandar Kuala Terengganu, itu alasan diberikan sepasang kekasih yang merupakan pelajar IPTS selepas mereka ditahan dalam operasi cegah maksiat.

Enam pasangan disebat akibat kantoi berkhalwat
Enam pasangan dijatuhkan hukuman sebat di khalayak ramai kerana menjalinkan hubungan tanpa ikatan perkahwinan di wilayah Aceh pada Isnin.