KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis mengarahkan seorang pekerja gudang yang berdepan pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi menjalani rawatan psikiatri.
Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri mengarahkan tertuduh, Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, menjalani rawatan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru sebelum sebutan semula kes pada 19 Oktober depan.
Tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan membunuh seorang pemandu teksi dalam kejadian di daerah Kuala Nerus pada 10 Ogos lalu.
Tertuduh yang juga bekerja sendiri itu didakwa membunuh Mohd Latif Idris, 51, antara jam 10.09 malam hingga 10.56 malam.
Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam sebuah teksi di tepi jalan di hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Jalan Pantai Teluk Ketapang.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki ditemukan maut dalam teksi yang dipandunya dipercayai ditikam penumpang.
Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di bahagian tempat duduk penumpang belakang kenderaan tersebut.
Siasatan awal mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan pada badan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023

Muhammad Hanif diarah menjalani rawatan di Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru sebelum sebutan semula kes pada 19 Oktober depan. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Buruh didakwa bunuh pemandu teksi diarah jalani rawatan psikiatri
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis mengarahkan seorang pekerja gudang yang berdepan pertuduhan membunuh seorang pemandu teksi menjalani rawatan psikiatri.