LIPIS: Seorang buruh pembersihan maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Emas 1, Taman Emas, Kuala Lipis di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor memberitahu, kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan lori jenis Isuzu.
Menurutnya, mangsa merupakan seorang warganegara Myanmar dikenali Mahbu Rahman Shobi Rahman, 31, beralamat Taman Emas di sini meninggal dunia di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggangi mangsa telah bergerak secara melawan arus jalan (jalan sehala) dari arah taman perumahan menghala keluar ke jalan utama kawasan taman terbabit.
"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah mengelak sebuah kereta yang melalui jalan tersebut lalu terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ujar beliau, mangsa tidak memiliki lesen dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Tambah Azli, siasatan juga mendapati kedua-dua kenderaan terlibat adalah di bawah penjagaan satu syarikat kontrak pembersihan di Taman Emas, Kuala Lipis.
"Punca kemalangan maut adalah disebabkan kecuaian penunggang motosikal sendiri yang menunggang secara melawan arus serta berbahaya sehingga menyebabkan terbabas dan melanggar penjuru belakang lori (parkir tanpa pemandu).
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," kata beliau. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 13 2022

Seorang buruh pembersihan warganegara Myanmar maut dalam kemalangan tersebut pada Selasa. -Foto Ihsan PDRM

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Buruh pembersihan maut langgar lori
Kejadian membabitkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan lori jenis Isuzu.