TAWAU: Seorang buruh warga Filipina dihukum penjara 33 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya yang berusia 16 tahun di Semporna tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Albaris Alunyo Iran, 24, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Dalam penghakimannya, Lim berkata mangsa iaitu Hassan Dorol meninggal dunia akibat kecederaan yang sengaja dilakukan oleh tertuduh.
"Terdapat saksi yang melihat kejadian itu dan dia juga cedera di bahagian kepala selepas dipukul oleh tertuduh dengan sebatang tukul... kesalahan tertuduh boleh dilrumuskan daripada perlakuannya selepas serangan itu apabila dia melarikan diri dengan tukul dan sebilah parang sebelum diberkas oleh beberapa penduduk kampung," katanya.
Albaris didakwa membunuh Hassan di sebuah rumah di Kampung Kuala Benang, Semporna antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, pada 26 Feb 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, dalam kes ini mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak menjatuhkan hukuman mati.
"Dia masih muda dan ada kemungkinan boleh dipulihkan, mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan ini adalah serius dan kepentingan awam menuntut agar hukuman penjara yang setimpal melebihi tempoh minimum dijatuhkan memandangkan usia si mati yang masih muda," kata Lim yang memerintahkan tertuduh dipenjara dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 26 Feb 2021.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain dan Mohd Suhaimi Suriana manakala Albaris diwakili peguam Kusni Ambotuwo.
Lapan saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan yang berlangsung dari bulan November hingga Disember tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Albaris Alunyo Iran, 24, selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. - Gambar hiasan/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Israel bebaskan 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dalam pertukaran tawanan
Ratusan rakyat Palestin berhimpun di sekitar Ramallah untuk menyambut kepulangan tahanan yang dibebaskan, sambil mengibarkan bendera Palestin.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.

Gelandangan didakwa bunuh rakan
Seorang gelandangan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya yang juga gelandangan, bulan lepas.

Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali
Suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimun 15 tahun penjara.

Berkemampuan, disiplin tinggi pikat majikan gaji bekas banduan
Permintaan pekerja daripada golongan Orang Diparol dan Orang Bebas Berlesen di Melaka meningkat susulan kemampuan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan mereka dalam pekerjaan.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Ugut, khianat, cederakan kekasih: Penjual burger dihukum penjara enam bulan, denda RM1,000
Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki gagal rayuan, kekal dipenjara 10 tahun, dua sebatan kerana merompak
Seorang lelaki gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan kerana melakukan rompakan berkumpulan.