PELAWAK dan pengacara, Shuib Sepahtu membidas kenyataan seorang individu di platform Facebook yang menuduh dirinya sebagai seorang ahli sebuah organisasi yang bermula dengan huruf F.
Shuib ketika dihubungi berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau, lebih-lebih melibatkan arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah.
“Saya rasa tuduhan dan fitnah ini sangat melampau dan extreme kerana melibatkan arwah isteri saya.
“Rasanya tak perlu saya memberi komen yang panjang. Tunggu sahaja kenyataan dari pihak legal saya,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, seorang individu menuduh Shuib sebagai salah seorang ahli organisasi yang bermula dengan huruf F, gara-gara gambar Shuib dan Watie yang dikongsikan oleh semua akaun Facebook.
Menurusi gambar tersebut, Watie menutup mata kiri Shuib manakala Watie sendiri menutup mata kanannya.
Individu terbabit juga menulis tuduhan berbaur negatif terhadap Siti Sarah.
Shuib bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada 23 Jun lalu.
Shuib sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada tahun 2011.
Hasil perkongsian hidup bersama arwah Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2. - Gempak
Gempak
Sat Jul 01 2023

Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau, lebih-lebih melibatkan arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah. - Gempak
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Burukkan nama arwah isteri, dituduh ahli organisasi 'F', Shuib bidas dakwaan netizen
Shuib berkata, dia melihat perkara tersebut sebagai satu tuduhan dan fitnah yang melampau.

Tak kekok dukung anak, sedondon semua, Shuib bawa Watie beraya bersama keluarga
Shuib berkongsi di Instagram gambar bersama Watie dan keluarga sedondon berbaju warna peach.

Shuib, Watie naik pelamin Jun ini
Tidak lama lagi Shuib akan umumkan tarikh pernikahannya dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah

Tular gambar disarung cincin, Zara Zya dikhabarkan sudah bertunang...
Andai benar sudah menjadi tunangan orang, tahniah buat Zara Zya.

Shuib nafi tarik diri dari Sepahtu
Dakwaan sudah meninggalkan kumpulan lawak Sepahtu hanya anggapan netizen semata-mata, kata Shuib.

'Anak-anak saya selesa' - Shuib dalam fasa berkawan dengan Watie
Akui Keluar Dinner Bersama, Shuib Dalam Fasa Berkawan Dengan Watie - -Anak-Anak Saya Selesa-

Kedai dirempuh kereta, Shuib syukur semua pekerja selamat - 'Mungkin pemandu ingat drive thru'
Kaunter hadapan kedai, kaunter buat air dan kabinet dapur mengalami kerosakan selepas dihentam teruk daripada hadapan.

Shuib titip pesan buat para suami sempena setahun pemergian Siti Sarah
Menerusi kemas kini Instagram, Shuib berkongsi video yang disifatkan sentiasa membuatnya mendakap rasa sedih.

'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.

Shuib tidak galak anak-anak jadi artis
Kata Shuib, biarlah Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin berkongsi bakat seni dalam lingkungan keluarga sahaja.