BURUNG belatuk 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesis yang secara rasmi akan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat.
Pengisytiharan itu melibatkan spesis pupus paling banyak di bawah cadangan kerajaan Amerika Syarikat yang diumumkan pada Rabu.
Walaupun burung belatuk ini dan beberapa spesies yang dicadangkan untuk dikeluarkan daripada senarai spesies terancam Amerika Syarikat telah pupus selama beberapa dekad, para saintis memberi amaran bahawa perubahan iklim disebabkan manusia dan kemusnahan habitat menjadikan kepupusan semakin biasa.
Setiausaha Dalam Negeri A.S, Deb Haaland berkata, dengan perubahan iklim dan kehilangan kawasan semula jadi mendorong semakin banyak spesies ke ambang kepupusan.
Katanya, sekarang adalah masa untuk meningkatkan usaha proaktif, kolaboratif dan inovatif untuk menyelamatkan hidupan liar Amerika Syarikat.
Cadangan Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar A.S menandakan kumpulan haiwan dan tumbuhan yang terbesar akan diserahkan secara rasmi untuk dikeluarkan di bawah undang-undang perlindungan hidupan liar utama Amerika Syarikat, Akta Spesies Terancam (ESA), sejak disahkan pada tahun 1973.
Jurucakap agensi Jabatan Dalam Negeri, hanya 11 spesies yang sebelum ini disenaraikan di bawah akta tersebut telah diklasifikasikan sebagai pupus selama bertahun-tahun.
23 spesies yang kini dicadangkan untuk disenarikan terdiri daripada kelawar buah, 11 jenis burung, lapan kerang air tawar, dua jenis ikan dan tanaman berbunga dalam keluarga pudina.
Burung belatuk 'ivory-billed' yang juga dikenali sebagai 'Lord God Bird' dan menjadi inspirasi kepada kartun Woody Woodpecker itu merupakan burung pelatuk terbesar di Amerika Syarikat.
Namun, pembalakan hutan yang semakin meningkat di Selatan AS memusnahkan habitatnya.
Kali terakhir ia dilihat dan didokumenkan ialah 1944 di timur laut Louisiana.
Dalam senarai itu termasuk burung 'warbler Backman' yang dianggap salah satu burung 'nyanyian' paling jarang ditemui di Amerika.
Haiwan itu tidak pernah dilihat di hutan AS sejak tahun 1962 dan penampakan penghirahan terakhir yang didokumentasikan adalah di Cuba pada tahun 1981.
Burung belatuk dan warbler pertama kali disenaraikan sebagai spesies terancam pada tahun 1967 di bawah akta terdahulu ESA, Akta Pemeliharaan Spesis Terancam.
Populasi burung secara keseluruhan telah berkurangan hampir 3 bilion burung di Amerika Utara sejak tahun 1970 di tengah perubahan persekitaran yang pantas yang berkaitan dengan aktiviti manusia.
11 spesies yang diusulkan untuk diklasifikasikan sebagai pupus berasal dari Hawaii dan Kepulauan Pasifik, menjadikannya mangsa berisiko tinggi yang ditimbulkan oleh kawasan geografinya yang sangat terhad.
Perkhidmatan hidupan liar akan menerima komen orang ramai selama 60 hari akan datang dan rumusan terakhir akan diterbitkan pada 29 Disember.
Akta Spesies Terancam juga mempunyai beberapa siri kejayaan dengan 54 spesies dikeluarkan dari status perlindungan kerana berjaya dipulihkan termasuk helang peregrine dan helang botak.
56 spesies lain telah disenaraikan di bawah amaran kepupusan kepada diancam kepupusan.
Sebanyak lebih daripada 1,600 spesis haiwan dan tumbuhan domestik kini disenaraikan.
Astro Awani
Thu Sep 30 2021
Burung belatuk spesis 'ivory-billed' yang kali terakhir dikesan pada 80 tahun lalu adalah salah satu daripada 23 spesies yang secara rasmi akan diisytiharkan pupus di Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Burung belatuk 'ivory-billed' antara 23 spesies diisytihar pupus secara rasmi
Para saintis memberi amaran bahawa perubahan iklim disebabkan manusia dan kemusnahan habitat menjadikan kepupusan semakin biasa.