KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM34 juta bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir sehingga semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir perlu dipermudahkan dan disegerakan.
"Agihan BWI ini sudah mula diterima mangsa banjir semalam," katanya menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Beliau berkata mesyuarat Task Force Pengurusan Pasca Banjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali semalam memutuskan bantuan berkenaan akan dilaksanakan menerusi serahan tunai.
"(Ini) bagi memastikan mangsa banjir segera menerima BWI," katanya.
Ismail Sabri berkata terdapat tiga kaedah penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).
Katanya tiga kaedah berkenaan akan mempermudahkan urusan penyaluran BWI dengan lebih efektif dan pantas.
Beliau berkata bantuan berkenaan sudah mula diagihkan di peringkat PKOB dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
"Usaha untuk mengesan mangsa yang belum berdaftar sedang giat dijalankan oleh PKOB dan ICU (JPM)," katanya.
Sebelum ini Ismail Sabri dilaporkan sebagai berkata kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM1,000 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat bencana banjir
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021

Ismail Sabri berkata terdapat tiga kaedah penyaluran BWI iaitu serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), serahan tunai rumah ke rumah dan pemindahan tunai secara atas talian (EFT).- Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bantuan Wang Ihsan kepada KIR terjejas banjir mula diagihkan semalam - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan mengagihkan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 untuk ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara bermula semalam.

Bantuan bencana banjir BWI diteruskan - Wilson
Kerajaan akan meneruskan bantuan kepada mangsa bencana yang layak termasuk pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebanyak RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR).

Banjir: 802 keluarga terima bantuan wang ihsan RM1,000 - MB Pahang
Sebanyak 802 ketua isi rumah (KIR) yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir melanda Pahang baru-baru ini akan menerima Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000

Nadma nafi edar borang bantuan banjir
Agensi itu tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.

Mangsa banjir lega terima bantuan RM2,500
Rosli berkata, bantuan akan digunakan untuk menggantikan perabot yang rosak akibat banjir, setelah rumahnya dinaiki air paras lutut.

Kelewatan bantuan BWI disebabkan keraguan dalam tuntutan - PM
Perkara tersebut telah menyebabkan berlaku kelewatan dalam proses pengesahan terhadap setiap tuntutan yang dikemukakan mangsa banjir.

Banjir: Agihan BWI di enam negeri capai 100 peratus
Setakat jam 8 pagi Rabu, seramai 118,837 Ketua Isi Rumah (KIR) telah didaftarkan layak untuk menerima BWI.

Nadma salur RM106 juta BWI kepada mangsa banjir
Lima negeri iaitu Melaka, Kelantan, Kuala Lumpur, Terengganu dan Perak telah selesai 100 peratus agihan BWI kepada ketua isi rumah terjejas banjir.

85.7 peratus ketua isi rumah terima Bantuan Wang Ihsan setakat tengah hari ini - PM
Seramai 44,573 atau 85.7 peratus daripada 52,024 ketua isi rumah telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000 setakat 1 tengah hari tadi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Banjir Sabah: PM beri jaminan percepatkan bantuan kewangan kepada mangsa
Kerajaan Sabah berharap Kerajaan Pusat akan mempercepatkan penyaluran bantuan kewangan termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI).