BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023. Acara yang dianjurkan oleh World Communication Forum Association (WCFA) di Davos, Switzerland, melibatkan pengamal Perhubungan Awam dari lebih 30 negara, ada yang menyertainya secara maya. bzBee Consult merupakan agensi Bumiputera yang pertama memenangi anugerah Perhubungan Awam peringkat antarabangsa.
Anugerah Komunikasi Davos ialah acara global tahunan yang mengiktiraf agensi komunikasi terkemuka dunia, pengamal perhubungan awam dari agensi dan ‘in-house’, serta projek yang mencapai kecemerlangan dan mampu mempamerkan kekuatan jenama yang tinggi. Tahun ini, WCFA menerima hampir 100 penyertaan dalam 30 kategori. bzBee Consult adalah satu- satunya agensi Komunikasi Malaysia yang dicalonkan bagi anugerah Kempen Komunikasi Global ini. Anugerah ini diberikan kepada kempen yang mempromosi jenama dari satu negara yang melibatkan Komunikasi ke peringkat Global.
Menurut Pengarah Urusan BzBee Consult, Prof. Haji Mohd Said Bani CM Din, "Saya berasa rendah diri dan berbesar hati kerana BzBee Consult telah menerima pengiktirafan peringkat global ini. Penganugerahan ini membuktikan syarikat Bumiputera mampu bersaing malah setanding dengan syarikat perhubungan awam multinasional. Saya sangat bangga dengan warga kerja bzBee, lebih-lebih lagi kerana agensi Perhubungan Awan dan komunikasi Malaysia mula diiktiraf di peringkat antarabangsa."
"Pengiktirafan ini juga adalah bukti usaha dan dedikasi warga kerja bzBee yang berjaya mengetengahkan jenama RWMF2023 sebagai bukan sekadar festival muzik Antarabangsa, malah sebagai festival yang mendapat pengiktirafan global dalam aspek komitmen terhadap kelestarian dan ‘Responsible Tourism’. Kemenangan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan berterusan daripada klien kami, iaitu Lembaga Pelancongan Sarawak (STB)."
Tambah Prof. Said Bani, yang juga Presiden Persatuan Perhubungan Awam & Komunikasi (PRCA) Malaysia, “Kemenangan bzBee juga mencerminkan kekuatan 1ndustry Perhubungan Awam dan Komunikasi di Malaysia, di mana lebih ramai pengamal 1ndustry, agensi dan organisasi mula menyedari pentingnya profesion perhubungan awam untuk mencapai matlamat sesuatu jenama atau bisnes. Industri ini kian berkembang pesat dengan agensi, pakar runding, dan pengamal ‘in-house’ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk perkhidmatan komunikasi strategik, perhubunganan media, pengurusan krisis, perkhidmatan pihak berkepentingan, penciptaan kandungan, serta komunikasi digital.”
Kempen 'Sarawak Rainforest World Music Festival: ‘A Compelling Comeback Story of Sustainability,” yang memenangi anugerah ini, mengetengahkan inisiatif dan usaha STB dalam memperkenalkan semula jenama ikonik RWMF selepas tiga tahun tidak dilangsungkan. Kempen ini memaparkan jenama RWMF2023 sebagai festival antarabangsa yang menekankan pentingnya kelestarian dan amalan mampan serta pelancongan bertanggungjawab. Dengan hampir 20,000 pengunjung dari seluruh dunia dan 199 pemuzik Antarabangsa yang memenuhi ‘Sarawak Cultural Village’, RWMF2023 telah mendapat pengiktirafan dan sokongan global atas komitmen kukuhnya terhadap kelestarian.
Pada awal bulan Disember, bzBee Consult turut memenangi 4 anugerah di Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) 2023 serta anugerah ‘Campaign of The Year’ bagi kempen yang sama.
Pada awal 2023 pula, Prof Haji Said Bani telah menerima anugerah ‘Pemimpin Perhubungan Awam Terbaik Asia Pasifik 2022’ dari WCFA, Davos Switzerland.
Anugerah Komunikasi Davos tahun ini melibatkan juri antarabangsa terkemuka dari 20 negara, terdiri daripada pakar komunikasi berpengalaman luas, yang bertanggungjawab menilai penyertaan dari pengamal dan agensi Perhubungan Awam dari pelbagai negara.
Kenyataan Media
Wed Dec 13 2023

BzBee Consult Sdn. Bhd, Agensi Komunikasi Strategik Bersepadu Bumiputera terkemuka, telah berjaya merangkul anugerah Kempen Komunikasi Global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Prof Said Bani individu pertama dari Malaysia raih anugerah ‘Communicator of The Year’ IABC Asia Pasifik
Bani catat sejarah pengamal komunikasi pertama Malaysia terima anugerah 'Communicator of The Year' IABC Asia Pasifik dalam kategori Senior Communication Professional.

bzBee Consult raih anugerah Campaign of the Year, empat emas di MPRA 2023
Kejayaan ini membuktikan syarikat Bumiputera mampu bersaing, setanding dengan syarikat-syarikat perhubungan awam multinasional.

Baybees & Todds bantu ukir senyuman 150 anak yatim di Selangor
Pelbagai pemimpin korporat, ahli keluarga, dan rakan termasuk dari Australia dan Brunei yang mendengar inisiatif BB&T telah bergabung dan mengikuti inisiatif ini.