KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir apabila melangkah ke pusingan ketiga saingan wanita yang dijadual berlangsung esok.
Selain Sivasangari, pemain nombor satu lelaki negara Ng Eain Yow turut berjaya melepasi cabaran pusingan kedua yang berlangsung di Kelab Palm Hills di Kaherah semalam.
Pada aksi pusingan kedua itu, Sivasangari yang merupakan pemain nombor 13 dunia mudah menewaskan Caroline Fouts dari Amerika Syarikat 3-0 (11-6, 11-7, 11-6) dalam tempoh 24 minit, manakala Eain Yow turut berjaya menundukkan wakil Jepun Ryunosuke Tsukue 3-0 (11-1, 11-5, 11-9).
"Jelas, saya merasa gelisah dan sebagainya, namun saya bermula dengan baik dan yakin dengan perlawanan. Saya gembira menang dalam tiga set ... dan berpuas hati dengan cara saya bergerak daripada perlawanan pertama yang agak perlahan," katanya menurut laman web kejohanan.
Sementara itu, Eain Yow berkata, "Saya gembira melaluinya, ini kali pertama saya dalam pusingan ketiga. Orang mungkin berkata, 'oh, ia pusingan kedua yang bagus', tetapi mengenali beliau (Tsukue) yang pernah tewaskan saya dalam kejohanan junior sebelum ini, tidak kisah kedudukan sebenar beliau, dalam kepalanya beliau tahu dapat kalahkan saya".
Pada pusingan ketiga yang dijadual berlangsung di satu lagi venue kejohanan iaitu Muzium Mesir, Kaherah, Sivasangari akan membuat perhitungan dengan wakil tuan rumah yang juga pemain nombor tiga dunia Hania El Hammamy untuk merebut slot ke pusingan suku akhir.
Pertembungan antara Sivasangari dan Hania umpama ulangan final London Classic bulan lepas yang menyaksikan wakil negara itu merangkul gelaran juara selepas meraih kemenangan 3-2 (11-9, 5-11, 13-11, 12-14, 11-8).
Sementara itu, Eain Yow juga bakal berdepan cabaran hebat dalam pusingan ketiga apabila dijadual bertemu pemain nombor dua dunia dari New Zealand Paul Coll.
Sebagai rekod, kali terakhir wakil negara berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan dunia ialah legenda dan juara dunia lapan kali Datuk Nicol Ann David yang dilakukan pada edisi 2017 di Manchester, United Kingdom.
Dalam pada itu, dua lagi wakil negara Aira Azman dan Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar masing-masing terkandas semasa pusingan kedua saingan perseorangan wanita dan lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Sivasangari akan membuat perhitungan dengan wakil tuan rumah yang juga pemain nombor tiga dunia Hania El Hammamy untuk merebut slot ke pusingan suku akhir. - Gambar fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.

Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.