Cabaran Pengembaraan Kiulu 2015 pada 13 Disember ini boleh menjadi model pembangunan pelancongan luar bandar kepada kawasan-kawasan lain di Sabah, kata Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai.
Beliau berkata Kiulu memiliki keindahan semulajadi yang menawan dan berpotensi dipopularkan menerusi acara sulung ini bagi mempromosi daerah kecil Tamparuli ini sebagai destinasi pelancongan luar bandar.
"Menerusi acara ini, kami berharap untuk memperkenalkan Kiulu sebagai pilihan destinasi pelancongan luar bandar ke peringkat antarabangsa," kata pengerusi jawatankuasa penganjur itu pada sidang media di Kampung Rangalau di sini pada Rabu.
Joniston, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, berkata selain acara larian, berbasikal dan merakit, acara tersebut juga membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat menerusi program inap desa dan program komuniti berkaitan pelancongan di Kiulu.
Beliau betrkata sebanyak 600 peserta dijangka menyertai acara utama itu iaitu acara larian sejauh 13.5km, bermula dari Galeri Chanteek Borneo di Tamparuli ke Pusat Merakit Riverbug.
Ia disusuli acara berbasikal jauh 24km iaitu menuju ke Kampung Tulung dengan persinggahan di pusat nelayan Tagal di Kampung Poturidong sebelum mengakhiri cabaran dengan merakit sejauh 14km dari Kampung Pukak ke Pusat Riverbug.
Katanya, aktiviti yang berlangsung selama setengah hari itu merupakan anjuran Persatuan Pelancongan Kiulu dengan kerjasama STB serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kiulu.
Menurutnya program berkenaan mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sempena Tahun Festival Malaysia 2015 (MyFest 2015).
Bernama
Thu Sep 24 2015

JONISTON: Kiulu memiliki keindahan semulajadi yang menawan dan berpotensi dipopularkan menerusi acara sulung ini bagi mempromosi daerah kecil Tamparuli ini sebagai destinasi pelancongan luar bandar.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.

PRN Sabah: Saingan enam penjuru di Kiulu
Datuk Seri Wilfred Madius Tangau juga buat kali pertama bertanding di kerusi tersebut.

Bumbung rumah, sekolah terbang, dewan musnah ditiup angin kencang
Beberapa rumah, kemudahan awam serta bangunan sekolah swasta mengalami kerosakan teruk berikutan angin kencang yang melanda kawasan Kiulu.