Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Faizal Tahrim memberitahu, suspek akan dibawa ke Mahkamah majistret Kuala Kubu Bharu pada Sabtu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Tular dalam media sosial sejak pagi Jumaat rakaman video dipercayai tindakan seorang lelaki mencabul kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.
Beberapa video dipercayai rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan memaparkan lelaki berkenaan cuba melakukan perbuatan terkutuk itu ketika jemaah masjid sedang menunaikan solat.
Ahmad Faizal dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat untuk tampul membantu pihak polis.
Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60651021 atau mana-mana balai polis berhampiran.
