LANGKAWI: Langkah memperkenalkan cabut undi dalam pemberian penawaran kerja kepada kontraktor G1 hingga G4 membuktikan kepihatinan dan komitmen Kerajaan MADANI terhadap nasib dan masa hadapan kontraktor terbabit.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, wadah dan kaedah yang telus itu dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
"Perolehan projek kecil secara undian dan terbuka oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang melalui konsesi Jalan Persekutuan ini bertujuan memberi pengalaman kepada kontraktorG1 hingga G4 sebelum layak mendapat projek secara tender terbuka.
"Syarat kepada kontraktor yang terlibat dalam cabutan ini adalah perlu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK) serta perlu mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Nanta menyaksikan proses Cabutan Undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan dan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia yang merupakan sebahagian daripada Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1 hingga G4.
Program cabutan undi itu bagi Kedah, Perlis dan Pulau Pinang membabitkan peruntukan sebanyak RM26.98 juta dengan melibatkan 45 kerja.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan bernilai RM300 juta dalam Belanjawan 2024 bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4 di Jalan Persekutuan seluruh Malaysia.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM200 juta diperuntukkan bagi 336 kerja yang akan ditawarkan kepada kontraktor di Semenanjung Malaysia, manakala selebihnya iaitu RM100 juta yang melibatkan 122 kerja akan disalurkan kepada Sabah, Sarawak dan Labuan.
Nanta berkata, pelaksanaan melalui kerja-kerja cabutan undi itu sedikit sebanyak dapat memastikan syarikat kontraktor G1 hingga G4 mampu membekal bahan dan memberikan perkhidmatan yang lebih kompetitif.
"Selaras dengan itu, kerja-kerja yang ditawarkan nanti perlu disiapkan sepenuhnya pada tahun ini dengan mengikut Jadual Perancangan yang telah ditetapkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024

Alexander Nanta Linggi (barisan depan duduk dua, kanan) hadir menyaksikan pada Majlis Cabutan Undi bagi Tawaran Kerja Pelaksanaan dan Penyenggaraan Jalan Persekutuan Seluruh Malaysia. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Sistem cabut undi bagi tender Kementerian Pendidikan
Sistem cabut undi bagi pemberian tender Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.