PENDANG: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi meningkatkan pemantauan di sempadan, susulan situasi semasa jangkitan cacar monyet di negara berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata langkah itu bagi mengelakkan sebarang risiko penularan jangkitan virus itu ke negeri ini yang bersempadan dengan Thailand.
Katanya, JKN juga sentiasa memantau dan mendapatkan maklumat awal perkembangan penyakit itu di negara tersebut.
"Setakat ini hanya vaksin yang mampu mencegah jangkitan dan kita menggalakkan individu yang mahu ke negara jiran supaya mengambil vaksin terlebih dahulu sebagai langkah pencegahan.
"Setakat ini kita belum mengesan individu yang baru pulang dari Thailand mempunyai simptom jangkitan virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Asyura Perdana PAS Kawasan Pendang di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan Thailand mengeluarkan amaran cacar monyet peringkat kebangsaan selepas mesyuarat tergempar agensi kesihatan dan menteri kesihatan awam pada 28 Julai lepas.
Dr Mohd Hayati berkata semua pihak harus berhati-hati dengan penyakit tersebut kerana ia boleh merebak menerusi air liur, kahak, mukus dan menerusi cecair pernafasan pesakit kepada individu lain.
"Sekiranya ada rakyat kita yang mahu ke Thailand untuk makan-makan tiada masalah, sebab ia tidak merebak melalui makanan, cuma lihatlah pada kulit orang di sekeliling, jika nampak ada bintik-bintik ruam, jangan sentuh atau dekati individu berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata langkah itu bagi mengelakkan sebarang risiko penularan jangkitan virus itu ke negeri ini yang bersempadan dengan Thailand. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cacar monyet: JKN Kedah tingkat pemantauan di sempadan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi meningkatkan pemantauan di sempadan, susulan situasi semasa jangkitan cacar monyet di negara berkenaan.

JKN Kedah mohon maaf jururawat salah beri tarikh janji temu
Tarikh yang diberikan ialah 5 Ogos 2022 jatuh pada hari Jumaat iaitu cuti hujung minggu di negeri Kedah.

JKN Kedah kesan sepuluh kes Omicron
Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 13 hingga 59 tahun hanya bergejala ringan iaitu kategori satu dan dua sahaja.

Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar.

Kematian gadis di Baling bukan disebabkan vaksin COVID-19 - JKN Kedah
JKN Kedah sudah membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan mendapati dakwaan itu tidak benar.

JKN Kedah minta henti tular video pesakit COVID-19 didakwa dibiarkan mati
Pihaknya sangat kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan video berkenaan.

COVID-19: JKN Kedah saring 275 individu terlibat SAR di Yan
JKN Kedah telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas 275 anggota daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam SAR di Yan 18 Ogos lepas.

JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Yan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif COVID-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.

JKN Kedah mohon maaf kesilapan pemberian dos kedua vaksin COVID-19
JKN Kedah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin COVID-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah PPV di Sik pada 5 Ogos lepas.

Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.