Kementerian Pendidikan akan mengkaji secara terperinci cadangan untuk mewujudkan polisi bagi membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik ke sekolah sebagai membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang dibuat oleh pentadbiran sebelum ini.
Menteri bertanggungjawab, Dr Maszlee Malik berkata cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada.
"Kementerian tidak mahu hanya menekankan kepada gajet sahaja kerana kontraktor (perisian) yang akan untung tetapi pelajar tidak mendapat manfaat.
"Maka cadangan itu perlu dilihat secara holistik dan komprehensif," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Pendidikan Bersama Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dan Pra-pelancaran Sambutan Jubli Emas Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, hari ini.
Menteri Pendidikan sebelum ini, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata cadangan membenarkan pelajar membawa gajet dan peranti elektronik dikemukakan seiring pembangunan teknologi semasa.
Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata konsep kegembiraan, kasih sayang dan saling menghormati perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara bagi mewujudkan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mengelak ia terjerumus dalam lembah konflik.
Selain itu, beliau mahu politeknik memikirkan cara terbaik untuk memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja mendapat permintaan di pasaran kerja tempatan, malah mampu menembusi pasaran antarabangsa.
"Saya difahamkan proses PDP di politeknik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris. Ini merupakan satu tangga untuk graduan diangkat ke persada antarabangsa," katanya.
PUO yang ditubuhkan pada 1969 dan merupakan politeknik pertama ditubuhkan dalam negara akan menyambut ulangtahun ke-50 pada tahun depan. -- Bernama
Bernama
Sat Jun 30 2018

cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada. -Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Cadangan bawa gajet ke sekolah dikaji semula - Dr Maszlee
Dr Maszlee Malik berkata, cadangan itu perlu diteliti sedalamnya termasuk melihat daripada sudut keselamatan serta prasarana teknologi yang ada.