PASIR MAS: Cadangan pembinaan zon penampan di sepanjang 99 kilometer sempadan Malaysia-Thailand bagi mengekang aktiviti pemyeludupan di Kelantan sudah dibentang kepada Kementerian Dalam Negeri untuk dipertimbang.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.
"Sekiranya zon penampan itu dibina di sempadan Malaysia-Thailand, berkemungkinan kegiatan penyeludupan dapat dikawal dengan baik... ini adalah yang terbaik bagi mengekang sempadan kita daripada digunakan sebagai kawasan penyeludupan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Pertandingan Burung Candik dan Ayam Serama Piala Ketua Polis Kelantan di sini hari ini.
Diminta mengulas isu jeti haram di kawasan sempadan yang sudah tidak digunakan lagi, Muhamad Zaki berkata polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengadakan pertemuan serta berbincang mengenai perkara itu.
"Jeti haram ini ada yang dibina di atas tanah persendirian, jika ia dibina di tanah milik kerajaan, kita akan berbincang dengan PBT untuk mengambil kaedah terbaik bagi mengelakkan ia digunakan bagi kegiatan penyeludupan.
"Jadi kita mengharapkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan sempadan agar tidak membina jeti bagi melakukan kegiatan menyalahi undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan. - Gambar fail/BERNAMA

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.

Cadangan bina zon penampan di sempadan Malaysia-Thailand sudah dibentang kepada KDN
Langkah itu amat penting kerana semua agensi penguatkuasa yang mengawal sempada berdepan masalah penyeludupan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis cadang zon penampan diwujudkan di antara Kelantan, Thailand
Cadangan itu antara lain sebagai alternatif berbanding pembinaan tembok batu sepanjang lokasi di sempadan.

Perlindungan zon penampan riparian bantu elak ancaman banjir
Kehilangan kawasan zon penampan akan menyebabkan tiupan angin dan arus air dipindah secara langsung kepada satu-satu ekosistem akuatik.

Petronas kaji setiap aspek keselamatan kompleks petrokimia Pengerang
Loji penapisan minyak di kompleks ini mempunyai rekaan zon penampan yang mengikut standard antarabangsa.

Lebih 2,000 kilang di Pasir Gudang, tapi tiada zon penampan
Mengakui perkara tersebut, Menteri MESTECC, Yeo Bee Yin menegaskan ketiadaan zon penampan menyebabkan terdapat sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang ini.