KUALA LUMPUR: Cadangan mengehadkan pengeluaran lesen kenderaan motor kepada warga emas belum lagi dibincangkan secara mendalam.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan tersebut disuarakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias, semalam.
Beliau berkata saranan itu merupakan cadangan peribadi Azisman di peringkat JSPT sahaja dan belum dibincangkan secara lebih terperinci.
"JSPT sebagai jabatan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam memastikan keselamatan jalan raya, sentiasa melihat kepada kaedah-kaedah meningkatkan keselamatan demi kepentingan masyarakat.
"Sebarang pengenalan kaedah yang baharu, hanya akan dilaksana setelah menjalani proses kajian serta diputuskan implementasinya oleh kesemua pihak yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Polis syor hadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas
Semalam, Bernama melaporkan PDRM mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.
Azisman dilaporkan berkata antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.
Beliau juga dilaporkan berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021

Semalam media melaporkan, PDRM mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.

Lesen Layang-Layang Island Resort dibatalkan - MOTAC
MOTAC memandang serius sebarang perlanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen.

Pelesenan penyedia perkhidmatan media sosial, tingkat akauntabiliti platform - Pakar IT
Pelesenan itu membolehkan penyedia perkhidmatan beroperasi secara lebih bertanggungjawab dalam mengawal kandungan.

Pelesenan platform media sosial di Malaysia berkuat kuasa hari ini
Langkah pelesenan ini dilakukan dalam memastikan platform lebih bertanggungjawab dalam menguruskan platform masing-masing.

Kewajipan lesen kawal selia internet dan media sosial bukan untuk orang awam
Ia terpakai kepada penyedia perkhidmatan dengan lebih 8 juta pengguna di Malaysia, seperti Facebook, Instagram, TikTok, dan WhatsApp.

Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.

Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.

Orang Asli tiada geran tanah mahu jual kelapa sawit perlu rujuk kerajaan negeri
Masyarakat Orang Asli yang mahu menjual buah kelapa sawit tetapi tidak memiliki geran tanah dan lesen perlu merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing.

LGM sita 42 palet getah tebus guna bernilai kira-kira RM200,000 di Klang
LGM menyita 42 palet berisi getah tebus guna seberat 70 tan metrik berserta sitaan lain bernilai kira-kira RM200,000 dalam serbuan ke sebuah kilang getah di Klang, Selangor, Rabu lepas.

Pelajar 17 tahun maut, motosikal terbabas awal pagi
Pelajar berusia 17 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.